Sendiri Masak Terung Panggang Berdaging Dengan Menggunakan Lingham's Sos Cili

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yer sempena dengan cuti sekolah yang panjang dan juga cuti hujung tahun ada ibubapa ambil kesempatan untuk bercuti dirumah bersama keluarga. Juga ada yang jalan-jalan bawa anak-anak balik kampung atau bergi makan angin.


Sebenarnya tak ada kena mengena pun resipi kali ini dengan semua itu hehehehe tapi Maha saja cuba satu resipi baru. Kalau selalu terung orang kira akan masak kari atau juga paling sedap Pajeri Terung memang kegemaran Maha. Cuma kali ini kita masih menggunakan terung tapi ada olah sikit ala-ala barat kita buat.


Resipi diberi nama Terung Panggang Berdaging ini boleh lah cuba tak pedas sangat walaupun nampak merah macam tu sebab menggunakan Lingham's Sos Cili yang dah viral. Mana tidak banyak juga orang view video menggunakan produk lokal tapi rasa international. Kali ini menggunakan Sos Sriracha.


Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam resipi ini :-
1 biji Terung Besar
Garam
Lada Hitam
2 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
200 gram Daging Kisar
1 botol Lingham Sos Cili Sriracha
Sedikit Lada Hitam
Sedikit Daun ketumbar
Chedar Cheese




Sikit jer bahan cara nak buat pun mudah jer ramai orang akan cuba lepas ni mana tahu. Jom tonton video cara membuat resipi ini :-


Nampak westernkan tapi orang kita suka juga makan dengan nasi. Hehehe sapa sini ada gunakan produk Lingham kat rumah. Apa resipi yang korang telah buat selama gunakan produk ini atau hanya makan buat cicah dengan keropok lekor atau cucur udang jer ehehehe. Kalau sapa ada boleh share tak nanti Maha nak komen kat sana ok. Selamat mencuba semua.







1 comment... add one now

Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 15 December, 2017
Belum pernah cuba lagi sos Linghams ni