Secret Recipe Kehabisan Red Velvet Setiap Hari Kerana Drama Neelofa Dan Alif Satar

8:00 PG Maha Mahu 9 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bagaikan satu yang sinonim bila keluar satu drama yang hit di tv mesti bagi kesan kepada penonton. Tak kisahlah pengaruh kepada satu-satu hashtag, atau paling rare yang Maha dengan adalah pengaruh kepada nama makanan.


Baru-baru ini Maha ada berborak dengan pengusaha restoran makan kasual terkemuka di Malaysia iaitu Secret Recipe. Mereka bagaikan terkejut kerana setiap hari Kek Red Velvet mereka kehabisan stock sebelum sempat tutup kedai. Kadang-kadang terpaksa pembeli pergi cari ke kedai lain kerana hari-hari mesti habis.


Menurut kata beliau ini kerana kehangatan drama Red Velvet yang tengah ditayangkan di Astro Ria lakonan sapa lagi kalau bukan Neelofa dan Alif Satar. Sebab tu ramai pelanggan mereka yang datang sini mesti mencari kek ini dan tak kurang yang bungkus bawa balik. Itulah kehebatan sebuah drama sampai industri makanan pun menerima tempiasnya.


Tapi kalau Red Velvet dah habis jangan risau boleh cuba menu baru mereka kerana sempena dengan hujung tahun dan cuti sekolah yang akan datang semua cawangan Secret Recipe membawakan menu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ini adalah menu baru yang diperkenalkan demi memberi kepuasa kepada semua pelanggan dari pelbagai bangsa dan peringkat usia.

Nasi Ayam Rangup (RM25.90)

Ada 3 hidangan terkenal tempatan yang lazat menjadi kegemaran rakyat Malaysia diperkenalkan bulan ini. Paling menarik adalah Nasi Ayam Rangup yang mana tidak seperti nasi ayam biasa kita makan dikedai-kedai. Hidangan ini lengkap ada ayam goreng yang rangup diluar lembut didalam bersama Sambal Udang pedas-pedas manis serta telur rebus dan timun Maha paling suka menu ni.

Special Seafood Mee Mamak (RM19.90)

Kemudian ada pula Special Seafood Mee Mamak yang membuka selera korang kalau tak makan nasi. Percaya atau tidak dalam mee mamak ni ada scallop dan udang yang besar-besar. Puas makan mee ini kerana ia lengkap tak begitu pedas seperti makan kat mamak lah. Satu lagi yang ada adalah Mixed Satay. Sebelum ni kita makan satay ayam dan daging berasingan tapi kali ini sekali dalam satu set. Makan pula dengan kuah kacang yang lite memang gandingan yang kita selalu cari.

Mixed Satay (RM17.90)

Maha boleh habis makan sorang satay ini jangan tak percaya ok. Selain daripada menu yang maha cite tadi restoran ini juga menawarkan potongan harga bagi menu sedia ada mereka iaitu Creamy Chicken Soup dan Brownie with Ice Cream. Tu lah Maha cakap kalau tak dapat Red Velvet boleh cuba brownie juga sedap kot memang kena sangat.

Creamy Chicken Soup

Brownie with Ice Cream

Ice Lemon Tea

Dua menu ni kalau korang add-on dengan menu utama tadi boleh dapat pada harga RM6.90 untuk Brownie dan RM3.00 untuk sup ayam tu. Jadi makanan seharian korang untuk tenghari atau malam memang lengkap semua ada ni termasuk dengan minuman yang ditawarkan iaitu Ice Lemon Tea. Cepat promosi ini hanya pada waktu terhad iaitu bermula 15 Nov hingga 15 Dis 2017 sahaja.


So kalau datang restoran Secret Recipe ni jangan nak cari Red Velvet jer banyak lagi menu lain yang best dan kek-kek yang best juga. Maha suka lunch kat sini sebab cepat dan mudah untuk pilih makanan semua memenuhi selera. Selamat mencuba dan menjamu selera semua ok.

Maklumat lanjut layari

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Anda juga suka post ini...

9 ulasan:

  1. Penangan citer neelofa ngan aliff satar kan...bagus kan...at least membantu secret recipe mencapai jualan yang tinggi...

    BalasPadam
  2. Wow sngt satay tu. Nmpk nyumnyum sngt. Then brownie... Sdapnya..

    BalasPadam
  3. Haaa....jgn risau, secret recipe kat umah kak jer...

    BalasPadam
  4. Ada gak terlayan cerita nie dekat tv hari tue.... Ops.. kantoi hahahhaha

    BalasPadam
  5. heheh saja tau Maha tayang sate dia tu. tunggu ku cari Secret Recipe yang sekangkang kera dari rumah kita tu.

    BalasPadam
  6. Kuat betul pengaruh drama tu eh . tapi Bal tak minat red velvet. Bal lebih suka cheese cake. Lagi satu tak layan pun drama tu. Btw, makanan atas tu nampak sedap 😍😍😍

    BalasPadam
  7. jaranglah tak terliur tapi kalau diberi pilihan redvelvet atau nasi ayam ranggup tu sha pilih nasi forlyfe hahaha

    BalasPadam
  8. Kalau ke SR ni mummy suka cr kek indulgence atau pekena lasagna je ;)

    BalasPadam
  9. ke dia habis sebab maha yang kerjakan? hehe

    BalasPadam