Menerokai Keunikkan Selangor Dan Perak Melalui Fun Drive To Ipoh 2017

8:00 PG Maha Mahu 29 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang kalau nak pergi Ipoh selalu guna jalan higwaykan lagi senang dan cepat. Tapi sebenarnya ada laluan kampung yang banyak sangat keunikkan sepanjang perjalanan tu. Banyak tempat boleh singgah dan juga lokasi sejarah yang ada.


Maha dan kawan blogger diberi peluang  pada 30 September 2017 untuk menyertai Fun Drive To Ipoh anjuran Persatuan Pelancongan Selangor dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak bersama Tourism Perak. Kali ini kena menggunakan jalan kampung bermula dari bandar Klang melalui Kuala Selangor. Bukan setakat jalan kami diberikan beberapa soalan dan tugasan harus dilaksana sepanjang perjalanan ini.



Pagi tu kami bertolak dari Bandar Klang pukul 9.00 pagi untuk ker check point pertama Iaitu C.A.M milik Sendok Group. Kat sini adalah tempat pembekal kenderaan komersial yang pelbagai jenis dariapda lori, van dan caravan. Kat situ ada task pertama kena jawab soalan dan selfie dengan salah satu kenderaan dan upload kat Facebook.



Mudah jer kat situ lepas tu kami begerak terus ke Kuala Selangor dengan melalui beberapa kawasan yang menarik untuk pelancongan. Kuala Selangor ni cukup popular dengan Klip-klip Kampung Kuatan, Kuala Selangor Nature Park, Bukit Melawati dan paling ramai pelancong dalam dan luar negara suka datang adalah melihat keunikan Sky Mirror.


Ni paling best sebab orang suka datang tengok air laut yang surut ditengah pasir dan menjadi seperti cermin yang membiaskan bayangan objek ada di atasnya. Tapi tak setiap masa hanya ada waktu tertentu sahaja yang boleh menikmati Sky Mirror ini. Kalau datang sini nak menginap boleh pilih De Palma Eco Resort yang berada dekat bandar ini. Tapi itu bukan penginapan kami sebab perjalanan kami masih jauh untuk ke Ipoh.


Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan menggunakan jalan lama iaitu Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan. Jalan ni ok cuma ada kawasan masih dalam pembesaran jalan menjadi 4 lorong bagi memudahkan orang ramai selesa menggunakan jalan ini. Kami terus ke daerah seterusnya iaitu Sabak Bernam tu lah kampung belah ayah Maha.


Perjalan jauh lagi kami gerak sampai ker Teluk Intan atau dulu-dulu dikenali sebagai Teluk Anson. Sebab lalu jalan lama ni kami tahu serba sedikit tentang sejarah bandar-bandar yang ada kat sini. Kami terus perjalanan melalui Kampung Gajah yang ada Komplek Sejarah Pasir Salak walaupun tak singgah kat situ.


Laluan akhir kami adalah area Tanjung Tualang iaitu kawasan peninggalan sejarah paling berharga negara yang tiada tempat lain. Kat sini adalah satu-satunya Kapal Korek Biji Timah yang yang masih ada di dunia ini. Ia tidak lagi berfungsi dan menjadi tarikan sejarah. Sungguh besar kapal korek ni terpegung tengok but buat masa ini tak boleh masuk kerana tengah dalam proses pemulihan.



Di situ adalah check point akhir untuk kembara kami daripada Klang nak ke Ipoh. Kat situ kami kena submit semua jawapan kepada soalan yang kami kena jawab sepanjang perjalanan tadi. Kat situ juga kami makan tenghari dan dengar taklimat untuk seterusnya. 



Lepas sahaja habis semua tu kami terus dibawa ker satu lokasi sejarah yang cukup popular kat Perak iaitu Kelly Castle. Bangunan penuh dengan reka bentuk dan sejarah tersendiri walaupun tak lama tapi banyak yang istimewa bila panjant banggunan ini. Nak masuk RM5 untuk warga negara dan korang boleh bergambar cantik-cantik kat atas ni.



Dah penat berjalan satu hari petang tu kami teruskan perjalanan untuk check ini ker hotel yang menaja penginapan kami iaitu M Motel @ Meru. Walaupun tak dapat duduk kat Ipoh tapi duduk sini pun dan selesa. Tu nanti Maha akan cerita kat posting khas pasal hotel ini ada keitimewaannya tau.


Tak habis lagi kat situ malam tu kami diberi peluang untuk rehatkan badan dan santai di Lost World Of Tambun. Acara akhir Fun Drive To Ipoh kami berakhir di situ dengan acara makan malam dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang. Walaupun Maha dan blogger Rawlins tak menang tapi kami puas sebab dapat kenali tempat menarik. Malam tu kami diberi peluang untuk mandi Hot Spring yang ditaja oleh LWOT. Bestnya bila dah dapat mandi air panas confirm tidur lena.





Lepas ni kalau korang rasa nak pergi utara dari KL ikut jalan lama pun bagus juga dan selesa. Banyak tempat menarik dan sejarah ada untuk kita kenali sepanjang perjalanan. Asyik guna jalan higway sekali sekala jalan kampung menarik. Next time kalau ada trip macam ni boleh join lagi. Terima kasih kepada Persatuan Pelancongan Selangor dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak bersama Tourism Perak atas penganjuran program yang bermakna ini.





Anda juga suka post ini...

29 ulasan:

  1. ikut jalan kampung lah best kan? hahaha dapat tengok pemandangan cantik cantik. bestnya kalau dapat join aktiviti mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah akan ada lagi nantikan pengumuman ok hehehe..

      Padam
  2. walau sesat barat mcm nak nagis tp enjoy sangat hahahah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan akak best last sampai juga sana hehehe..

      Padam
  3. Kalau diberi pilihan akak suka ikut jalan kampung..sebab suka tgok tempat orangm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh jalan kampung ni tak jauh pun cuma sesak dengan lori jer..

      Padam
  4. fun sgt drive tu... i nak fun drive juga la.. amacam. :P .. makanan pun nampak best je. wowee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe tak boleh drive ngan u kete u laju wakakaka...

      Padam
  5. bestnya lost of tambun. 4 thn jugak tak ke sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow lamanya kita setiap tahun pergi sana hehehehe..

      Padam
  6. Kalau dulu2 mak ayah sanggup ikut jalan kampung n x naik tol sebab nk jimat...teringat n rindu pulak moment tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe sekarang rakyat Malaysia dah kaya lah sapa kata kita susah wakakakka..

      Padam
  7. bestnya, hujung bulan ni hajatnya nak ke kuala selangor, boleh lah jenguk2 tempat menarik :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi lah menginap kat sana banyak tempat best....

      Padam
  8. Rupanya lagi seronok lalu jalan kampung. Banyak tempat untuk menyingahkan? Hahaha next time nak jalan sana juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan kampung ni dah besar sekarang tak perlu risau...

      Padam
  9. Wah bestnya dapat jalan" siap makan sedap" pula tu. Terlapar pula nampak gambar" tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh kalau jalan jauh2 memang kita suka cari tempat makan best...

      Padam
  10. Salah satu aktiviti yg teringin sgt nak buat. Dapat tgok kawasan org dan dapat makan makanan sesuatu tempat tu..best sgt kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best akak seronok sangat memang menarik aktiviti macam ni...

      Padam
  11. Fuhhh bestnya! Welcome to my kampung! Tanjung Tualang tu. Rindu plak nak balik kampung. Wuwuwuwu. Hari tu ruby tak join fun drive, sebab ruby takda kenderaan yang utuh. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah kampung Ruby ker kalau tak boleh singgah makan kat sana hehehe...

      Padam
  12. Macam bestnya Fun drive to ipoh. Macam kat luar negara guna caravan drive :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah Caravan tu cuma task kena buat kami naik kereta Malaysia je hehehehe terima kasih kepada Rawlins..

      Padam
  13. Menarik fun drive to ipoh. Bila cuti2 boleh pi area perak bersma family atau kawan2. Drive santai3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ipoh dah jauh maju dan menarik untuk datang...

      Padam
  14. bila rasa nak cepat, memang akan ikut highway je. Tapi kalau nak layan pemandangan yang best, memang saya akan ikut jalan dalam tu la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak makan sedap bayk pilihan ikut jalan kampung hehehehe..

      Padam
  15. tk tersampai lagi pergi kelly castle. haha. ish tgk orang blog post pasal perak terasa nk pegi la T.T

    BalasPadam