M Motel Bajet Hotel Area Meru Ipoh Yang Selesa Untuk Bermalam Dan Beristirahat

8:00 PG Maha Mahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Posting lepas Maha cite pasal Fun Drive To Ipoh dan ada satu hotel yang taja penginapan satu malam kami kat sana. Kami bersyukur kerana dapat juga bermalam kat sana setelah penat seharian perjalanan drive kereta.


Hotel ini namanya adalah M Motel @ Meru ia agak jauh sikit daripada bandar Ipoh. Kalau korang datang naik Plus Higway korang kena keluar ikut Tol Ipoh Utara atau Jelapang memang sangat dekat. Kawasan ni orang kenal sebagai Amanjaya dan memang banyak bangunan kerajaan dekat-dekat dengan hotel ni.

Kalau duduk hotel ni korang nak ker bandar jalan kaki tak jauh pun boleh pergi Mydin Mall Meru Raya. Kalau kakitangan kerajaan hotel ni dikelilingi oleh pejabat kerajaan yang ada area hotel ni iaitu Jabatan Audit Negara Negeri Perak betul-betul depan hotel ni. Lepas tu dekat juga dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Komplek Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Perak.


Jadi memang kalau orang ada meeting atau tujuan berkaitan kerajaan boleh lah menginap kat hotel ni memang sangat dekat. Sebenarnya paling best hotel ni sangat dekat dengan MAPS atau Movie Animation Park Studios yang baru di buka di Perak. Hanya ambil masa 5 minit sahaja perjalanan dari hotel ker sana kalau jalan kaki 10 minit.


Jadi kalau family yang datang jauh nak duduk hotel bajet dapat rehat waktu malam jer ini adalah pilihan terbaik. Hotel ni sangat baru sebab masa Maha masuk tu cat dinding masih cantik dengan tema putih dan merah jambu. Depan hotel ni ada kolam air pancut dan juga kawasan untuk receptionist tu agak sempit sikit tak boleh masuk ramai jadi yang lain kena tunggu luar biar seorang jer yang uruskan. 



Hotel ni adalah deretan kedai dua tingkat jadi tak ada lif dan naik tangga jer. Kawasan nampak macam sempit tapi selesa sebab bersih. Harga bilik kat sini serendah RM39 satu malam hingga paling mahal RM99 sahaja. Jadi sangat sesuai untuk family bajet nak datang kat Ipoh.



Nampak jer bajet tapi semua bilik ada penyaman udara tak perlu risau kemudian ada peti ais mini, tv, pemanas air, seterika dan papan, cerek dengan kemudahan minuman teh serta kopi. Katil kat sini saiz single tapi begar sagat selesa dan lembut nak tidur. Nenyak juga lah Maha dan Rawlins tidur malam tu tak sedar dah pagi hehehe.

Sapa nak booking tido hotel ni boleh contact mereka seperti di bawah ok.
Tel : 05-5250508
        013-4143488
Email : mmotelmeru.sales@gmail.com

*Gambar sumbangan rakan blogger satu bilik masa tu Rawlins thank you.





Anda juga suka post ini...

14 ulasan:

  1. Nyenyak tido sini.. sedar2 dah pagi. ok la murah memang best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul setuju selesa tido hehehehe

      Padam
  2. comelnya hotel ni. sweet 2 pinky gitchew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel macam u oll lah hehehehe...

      Padam
  3. oo..atas bukit tu dekat ngan ofis KDN tu eh?ohoh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes dekat atas bukit betul2 depan Jabatan Audit tu..

      Padam
  4. Macam menarik je hotel M ni...bleh la masuk list mana tau akak sesat ke Ipoh plak nanti kan..harga mesti affordable tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga sangat berpatutan akak ikut jenis bilik tapi selesa kalau setakat seorang dua boleh sangat.

      Padam
  5. menarik hotel ni wpun bajet je
    sbb deko cantik dan simple

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang simple jer tapi selesa best boleh lah bajet nak bercuti kan..

      Padam
  6. Nampak selesa. Boleh la lepas ni try motel ni kalau singgah berjalan di Ipoh nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti harga berpatutan dengan kemudahan dekat lak tu dengan tempat menarik..

      Padam