Kuih,

Hari-hari Sarapan @ Mesra Serendah RM5 Sangat Mudah Lagi Menjimatkan

Selasa, Oktober 24, 2017 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa macam korang hari ni ada ceria tak. Korang dah sarapan ker pagi ni isi perut sebelum mula bekerja atau yang kena pergi kuliah. Sebab sarapan adalah sumber tenaga untuk satu harian korang untuk membuat aktiviti. Kalau korang skip sarapan pasti korang akan makan tenghari berkali ganda percaya lah.



Sebab tu hari-hari Maha kalau bangun pagi lepas siap-siap semua sekali pastu start engine kereta dan akan singgah ke stesen PETRONAS. Walaupun tengok minyak masih penuh tapi sebenarnya nak cari sarapan atau Morning@Mesra mereka. Selain daripada menjual produk makanan ringan mereka juga ada sediakan sarapan pagi.


Kalau korang nak tahu kena tengok sendiri antara pilihan Morning@Mesra yang ada di sana. Contohnya macam Maha selalu singgah stesen PETRONAS area Technology Park Malaysia sebab dekat ngan rumah dan kat situ boleh dapat menu sarapan seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuih Lapis dan Karipap yang cukup popular. 



Ambil satu Nasi Lemak, kuih dan satu minuman dalam tin hanya dengan harga RM5 sahaja. Minuman tu bukan minuman biasa tau boleh pilih antara Milo atau Nescafe yang 240ml tu. Jadi lengkap sarapan pagi korang tak perlu nak fikir banyak grab dan terus pergi.




Lagipun pilihan makanan sarapan yang disediakan di setiap stesen tidak sama tau ia mengikut keistimewaan yang terdapat di kawasan tersebut. Jadi mungkin tempat lain korang boleh dapat sarapan pagi seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Pulut Kuning, Roti Jala, Kuih Bakar dan macam-macam lagi.




Sedap ker sarapan kat Mesra ni? Bagi Maha yang dah pergi berhari-hari sarapan kat Mesra ni memang sangat puas hati sebab semua pembekal makanan di sini adalah pengusaha tempatan yang diyakini kualiti dan kesedapan makanan tersebut. Mereka bukan buat dikilang tau ia adalah dibekalkan oleh pengusaha tempatan bagi membantu ekonomi pengusaha-pengusaha kecil ini sebab setiap pek ada sticker pengusaha tersebut.




Baru-baru ini pulak stesen PETRONAS yang Maha selalu pergi tu mereka agaihkan pek Morning@Mesra secara percuma kepada pelanggan yang datang mengisi minyak atau membeli di stesen mereka. Habis 200 pek yang diedarkan kepada semua pelanggan dan ternyata ia sangat mendapat respond yang bagus.






So lepas ni tak perlu lah nak fikir-fikir lagi nak cari mana sarapan pagi yang banyak pilihan hanya singgah jer kat kedai Mesra PETRONAS berhampiran anda. Ala hanya singgah parking kejap masuk grab bayar dan boleh pergi kerja atau kemana yang anda suka untuk bersarapan.


Selain dapat makan sarapan korang juga boleh dapat baucer diskaun beli belah di Lazada dengan membeli 5 kombo sarapan pagi. Korang perlu dapatkan kad setem di stesen yang korang beli sarapan dan kumpul sampai 5 akan dapat baucer tu nanti. Tawaran sehingga 15 November 2017 sahaja tau cepat sapa cepat dia dapat. Selamat bersarapan semua.

Maklumat lanjut layari www.mymesra.com.my





18 ulasan:

  1. Petronas memang banyak pilihan untuk breakfast sekarang ni .

    BalasPadam
  2. bagus Petronas buat macamni. sambil isi minyak, terus beli sarapan .

    BalasPadam
  3. bagusnya....sarapan pun best

    BalasPadam
  4. Best ni..kalau travel senang nak carik breakfast :)

    BalasPadam
  5. best nyaa kuih muih semuaa! nampak sedappp.. alaa bukan laluan nak ke office, kalau tak lama dah singgah !

    BalasPadam
  6. Senang ada sarapan konsep macam ni..hari2 leh tukar makanan lain..so kena ada banyak variety la kan..mudah utk org bujang

    BalasPadam
  7. Kuih muih tu nampak sedap. Kalau la dekat dgn ofis emi, boleh beli utk sarapan.

    BalasPadam
  8. Terbaik la..senang lpas ni singgah buh mnyak...singgah tapau bfast skli kan

    BalasPadam
  9. sarapan mcm ni kalau makan pehtu ngantuk.. heheheh

    BalasPadam
  10. bagusnya, macam-macam mmenu sarapan

    BalasPadam
  11. Nampak meriah dan sedap2. Harap2 bukan sedap masa nak masuk dalam paper atau blog je..harap2 sedap sampai bila2 sb sis pernah kena, beli mee hoon kat stesen minyak..bwk balik basi...hampehh tol

    BalasPadam
  12. Happening nya pagi2 makan Di Petronas

    BalasPadam
  13. Eh..ada yeak..nampak benor ketinggalan..tak tahu pun..kat area rumah ni rasa macam tak ada Petronas..tu yg tak ketinggalan info pasal petronas ada sediakan pek sarapan murah macamni...

    BalasPadam
  14. Senang macam ni. Singgah isi minyak boleh beli sekali sarapan pagi.

    BalasPadam
  15. Ya Allah terliur la, Maha. Sodap2 nampaknya

    BalasPadam
  16. Jarang beli sarapan dekat petronas. Sebab selalu g petronas pun dah malam-malam... So kita cari supper je hahahahah

    BalasPadam
  17. Memang murah beli sarapan kat Mesra Petronas ni

    BalasPadam