6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat Bersama IJN Dan Philips Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sudah masuk tahun ketiga berturut-turut, Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia bekerjasama dalam program pendidikan masyarakat FATCHECK for a Healthy Heart – dengan pelancaran kempen ‘6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’. Kempen yang diadakan sebagai menyokong sambutan Hari Jantung Sedunia oleh Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) pada 29 September bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit kardiovaskular.


Gaya hidup yang tidak sihat adalah punca utama serangan jantung dan strok, justeru berhenti merokok, makan secara sihat dan menjadi aktif secara fizikal adalah penting bagi membantu hidup lebih lama, dan dalam cara lebih mesra jantung. Menurut Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung kekal punca kematian nombor satu di seluruh dunia.


Kira-kira 17.7 juta kematian pada tahun 2015, mewakili 31% kematian di seluruh dunia. Begitu juga di Malaysia penyakit sistem peredaran darah ini menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia, merangkumi 27.7% daripada kesemua kematian di hospital swasta dan 22.77% daripada kesemua kematian di hospital kerajaan pada tahun 2015.

Sejajar itu, kempen ‘6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’ telah menerbitkan video advokasi dan akan menyiarkan satu siri paparan berunsur pendidikan di media sosial untuk terus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kardiovaskular dan impaknya terhadap warga Malaysia. Video pendidikan itu menunjukkan enam cara pengubah hidup untuk mengamalkan gaya hidup mesra-jantung yang mencerminkan amalan berisiko yang telah dikenalpasti oleh WHO. Ini termasuk:

1.    Mempunyai gaya hidup yang aktif dari segi fizikal
2.    Tidak merokok
3.    Menangani tahap tekanan dalam hidup
4.    Mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar tetap
5.    Makan diet yang sihat
6.   Mengamalkan cara memasak rendah-lemak yang mesra-jantung, dengan menggunakan kaedah airfry semasa menggoreng

Menurut Mary Easaw, Ketua Pakar Pemakanan di IJN, kunci bagi pemakanan mesra-jantung adalah diet yang seimbang secara sederhana, dan mempunyai kepelbagaian. Diet tinggi-lemak paling memudaratkan kerana ia akan mengakibatkan berat badan berlebihan, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi – kesemuanya penyumbang kepada serangan jantung.


Sebagai sebahagian kempen, IJN dan Philips Malaysia juga akan melancarkan satu siri video memasak memaparkan resipi direka oleh pasukan pakar pemakanan IJN bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai cara menyediakan hidangan mesra-jantung tanpa menjejaskan rasanya.


Bermula pada tahun 2015, inisiatif pertama FATCHECK memaparkan kakitangan IJN yang menggalakkan masakan rendah-lemak dan mesra-jantung dengan resipi yang dikumpulkan dalam buku resipi bertajuk, “Heart-y Meals: Smart Guide To Guilt-Free Cooking”.


Pada tahun 2016, program ini menunjukkan betapa mudahnya menyepadukan masakan yang rendah-lemak dan mesra-jantung ke dalam gaya hidup keluarga yang sihat menerusi satu pertandingan memasak mesra-jantung yang terbuka kepada orang ramai. Tahun ini, program FATCHECK for a Healthy Heart mendorong rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri dengan enam cara holistik ke arah gaya hidup yang mesra-jantung.

Untuk maklumat lanjut mengenai program layari
Laman web : www.fatcheck.my
Facebook : www.facebook.com/MyFatCheck






{ 24 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria 05 October, 2017
Alaa..ada program ni kat IJN...lama x pi IJN...hahahaa...bagus program ni ..memberi kesedaran kepada org ramai betapa pentingnya menjaga jantung
Beto Rahman Beto Rahman 05 October, 2017
IJN memang byk program yg bgs. my sister works there too :)
Lina Shaza Lina Shaza 05 October, 2017
nice program...yelah da makan macam2 kenalah cek kesihatan pulak kan..
Hanis Masturina Hanis Masturina 05 October, 2017
Bagus IJN anjurkan program sebegini, dapatlah bagi kesedaran kepada orang ramai
Bella Jamal Bella Jamal 05 October, 2017
Dah lama dah tak pergi bersenam. Tersentap kejap..Kena mula amalkan cara hidup sihat. Love ur heart.Love life ❤
Henry Tan Henry Tan 05 October, 2017
wow "fatcheck" hahaha i prefer "fat cheque" hahaha but kesihatan memang penting!

#YourFinanceDoctor
Zuhaira Nasrin Zuhaira Nasrin 05 October, 2017
suka dengan word mesra-jantung, very good reminder untuk jaga kesihatan :D
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2017
Betul akak kadang-kadang program mcm ni orang kurang dapat sambutan..
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2017
Ohhh ada keluarga kerja sana ker lagi senang hehehe
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2017
Betul macam kena pada saya her hehehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2017
Betul patut tiap2 bulan mereka buat sebab ramai tak sedar..
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2017
Hehehhe alamak kita kena juga ni
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 06 October, 2017
nice sharing...btul rmai yg susah nak jaga bab jantung ni
Aneezah Johnson Aneezah Johnson 06 October, 2017
Bagus program macam ni. Dapat beri kesedaran especially golongan" remaja dan pemuda ni supaya jaga makan
Sejarah Islam Pahang Sejarah Islam Pahang 07 October, 2017
bagus program camni, tq sbb post ^^
Bro Framestone Bro Framestone 07 October, 2017
Salah satu sakit yang paling bro risau, pertanda dah ada banyak nie.... Risau je, macam menunggu waktu ia tiba T-T
Android Xperia Z3 Gaming Channel Android Xperia Z3 Gaming Channel 08 October, 2017
great article and such a amazing program :)
Maha Mahu Maha Mahu 11 October, 2017
Ni masa kita kena mulakannya...
Maha Mahu Maha Mahu 11 October, 2017
Yes setuju untuk ini...
Maha Mahu Maha Mahu 11 October, 2017
Saya kongsi jer dan share dengan kawan kita ok..
Maha Mahu Maha Mahu 11 October, 2017
Kena pergi check bro..