Masa Untuk Comotkan Tangan Dengan Hidangan Makanan Laut Best Giler Di Crab Factory

8:00 PG Maha Mahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau sebut makanan laut memang tak nafi ramai orang suka dan boleh makan berkilo-kilo. Tak kisahlah ketam ker, lala-lala ker, udang, sotong dan macam-macam lagi betul tak. Maha sendiri tak boleh nak elakkan diri bila diofer untuk makan seafood ni.



Kali ni nak bawa korang merasai bagaimana makan seafood tabur atas meja yang cukup popular sekarang ni di satu kedai yang sangat popular juga. Crab Factory kat SS2 Petaling Jaya memang lokasi tempat makan yang banyak. Situ selalu popular dengan Duriankan kali ni kita pergi makan seafood lak.

Crab Factory ini telah lama ada kat sini dan ia menjadi tumpuan orang untuk makan hidangan seafood tabur atas meja ni. Special kat sini mereka menyediakan set yang mengikut kuantiti berapa orang nak makan. Menu kat sini popular ada set Crab Lover Syok untuk 2 hingga 3 orang makan, kemudian Crab Lover Party boleh makan untuk 4 hingga 5 orang dan paling heaven adalah Crab Lover Giler yang boleh makan untuk 7 ke 9 orang.


Waktu Maha datang tu kami dihidangkan dengan set Crab Lover Giler yang memang-memang gila banyak sangat seafood. Istimewa untuk set ini sahaja boleh pilih 2 sos berasingan dalam satu set iaitu dipanggil set Geng Giler #1 dan set Geng Giler #2 .


Crab Lover Giler - Geng Giler #1 dengan Sos Signature Southern Bang add Topping Cheesey

Ok Maha cite apa seafood yang ada dalam dua set ini iaitu yang #1 ada 2 Meat Crab XL, King Whit Prawn, Squid Mussels, Hamaguri Clams, Corn dan Broccoli. Manakala set #2 pula ada 2 Meat Crab XL, Mini Lobster, Freshwater Prawn, Jumbo Sweet Prawn dan Corn. Set tambahan lain korang dapat juga adalah Fried Chicken Wing, Fried Mantao, Fried Squid Tentacles dan Shallot Rice.


Crab Lover Giler - Geng Giler #2 dengan Sos Salted Egg

Banyak gila kot dalam set ni memang puas makan Maha makan dengan kawan-kawan semua kekenyangan. Sos yang mereka beri pula untuk set #1 adalah Signature Southern Bang yang pedas ada Cheesy Topping atasnya dan set #2 pula Salted Egg yang memang tak pedas langsung.


Kerana kepedasan yang ada pada hidangan tu makan cheese yang dituang kat atas set ini dapat memberikan kita rasa yang lebih seimbang dan kelemakan sewaktu makan. Memang best tak terkata masa kami makan tu puas hati dengan seafood semua penuh dengan isi terutama ketam kalau ketuk dengan tukul tu pecah jer kulit penuh dengan isi tak rugi makan.

Shell On dengan Sos Garlic Butter

Korang juga boleh pilih hidangan Ala Carte yang kita ikut timbang. Hari tu kami tambah set Shell On bersama dengan kuah Garlic Butter jadi untuk tak pedas. Satu lagi set Ala Carte kami ambil Freshwater Prawn dengan sos Jamba Jamba dan Cheesey Topping atasnya. Yang ini memang sangat pedas gila tak sesuai untuk kanak-kanak orang dewasa pun ada yang tak tahan pedasnya.


Freshwater Prawn dengan Sos Jamba Jamba add Topping Cheesey

Memang gila bola korang datang makan sini dan pilihan pun sangat banyak macam-macam seafood ada nak tambah pun boleh. Macam sayur dalam seafood ni korang boleh pilih nak mana antara ada Brocolli, Corn, Button Mushroom, King Mushroom, Enoki Mushroom, Potatoes dan Chicken Sausages.

Fried Squid Tentacles

Fried Chicken Wing

Fried Mantao dan Shallot Rice
Tapi awas buat yang ada Gout atau penyakit alahan kepada seafood jangan sekali-kali berani cuba semua risiko atas tanggungan sendiri ok sebab makanan sini semua segar-segar. Dapat rasa kemanisan makanan laut tu walaupun dimasak dengan sos yang pelbagai rasa. Lepas tu minuman kat sini tak banyak pilhan yang ada cuma Ribena Soda, Orange Mojito, Honey Lemon, Ice Lemon Tea dan soft drink.




Maha nak bagi tips bagaimana nak makan seafood ni bagi habis tanpa buat korang kenyang awal. Pastikan korang makan seafood tanpa makan dengan nasi yang disediakan. Kalau pedas pun jangan sekali-kali selang dengan minum air nanti korang cepat kenyang. Bukan apa rugilah tak habis lak seafood tu betul tak.



So macam mana Maha punya recommendation Crab Factory SS2 ni rasa nak cuba tak. Memang berbaloi dengan harga dan juga jumlah makanan yang mereka hidangakan. Sekali sekala nak cuba apa salahnya belanja family lebih sikit. Tapi ingat makan kat sini tak ada sudu atau garfu yang ada alat pemecah ketam sahaja bersama apron plastic untuk elak dari baju kotor yang lain semua guna tangan baru feel kan. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Anda juga suka post ini...

22 ulasan:

  1. tengok memang terliur. sampaikan tak sabar nak habiskan baca post ni. tapi tersangkut pulak bila tengok harga dia. hehehhe.

    apa pun, kalau berbaloi, apa salahnya kan? :)

    mrejoy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala nak belanja family apa salah mahal sikit bukan selalu hehehe tapi makanan puas hati..

      Padam
  2. Ketam, ketam, ketam. sedapnyaaa uolsss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketam mengajar anaknya makan mcam tu lah bersepah wakakakaka..

      Padam
  3. waaah banya kali nih menu nya. pengen nyoba redlobster haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haru kamu harus datang ke Malaysia yer nanti saya bawakan..

      Padam
  4. geramnya tengok udang ketam tergolek golek atas meja tu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tergolek tunggu untuk dingap jer hehehehe...

      Padam
  5. Blom pernah terjah lagi...tunggu Maha jemput je la nampaknya....kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah tunggu dapat job meletop sikit wakakakaka...

      Padam
  6. dah pernah makan sini. Memang sedap gilak!

    BalasPadam
  7. Sedapnyaaaa. Ketam tu ketammm tuuu! hUaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe ketam tu besar dan isi penuh yer..

      Padam
  8. Memang penah makan kat sini, memang sedap. Tgok gambar ni rasa nak repeat balik

    BalasPadam
  9. Meleleh air liur tengok gambar hidangan dekat sini..... T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tunggu bro bawa makan lagi bila yer wakakaka..

      Padam
  10. Telan ayaq lioq tgl sauce dia tu...
    Sedappp sangat haihhh

    BalasPadam
  11. Terima kasih abang Mahadi. Memang kenyangkan?

    Menu SS2 & JB boleh dibaca di sini:

    http://www.crabfactory.com.my/crab-factory-menu/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat kenyang dan banyak makanan semua besar2 dan puas hati terima kasih..

      Padam