Food Review,

Hidang Keaslian Makanan Kelantan Di Restoran Nasi Pak Man Kota Damansara

Selasa, September 05, 2017 Mahamahu 26 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang pantai timur nak balik sana ambil masa lebih dari 5 jam perjalanan terutama di Kelantan. Kalau tiba-tiba mengidam nak makan makanan Roti Tik Tak atau Nasi Kerabu yang asli memang telan air liur jer lah.


Tapi sekarang orang KL dan tak perlu pergi jauh-jauh lagi untuk cari semua makanan ini dah ada kat Kota Damansara. Restoran Nasi Pak Man beralamat di No 49G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara adalah tempat yang korang boleh tuju. Restoran ni kalau datang time lunch time memang penuh dengan peminat makanan pantai timur.

 

 

Ruang restoran ni agak sempit kalau penuh pengunjung jadi pasti korang datang awal ok. Dekorasi restoran ni simple jer tapi yang pasti restoran ni telah dikunjungi oleh program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan juga Ho Chak! TV8.


Apa yang korang boleh makan kat sini mesti lah makanan tradisional pantai timur seperti Nasi Kerabu. Tengoklah Nasi Kerabunya banyak dengan bahan-bahan penyedap seperti Daging Bakar, Keropok Ikan, Sambal Cili, Ulam-ulaman dan kuah yang penuh kat atas tu teliur sangat.

Nasi Kerabu

Kemudian korang boleh ambil juga makanan seperti Nasi Pak Man dan juga Nasi Berlauk. Dua-dua ni nampak macam sama tapi lain kerana satu tu ada ayam goreng dan satu lagi ada kari ayam. Tapi yang pasti kedua-dua hidangan ini sangat sedap sesuai untuk makan tenghari korang.

Nasi Pak Man

Nasi Berlauk

Satu lagi nasi yang popular adalah Nasi Dagang kat sini mereka menggunakan Ikan Tongkol untuk kuahnya. Mana nak dapat semua yang betul rasa asli macam ni. Tak apa lepas ni boleh lah korang datang dengan family makan tengahari atau makan malam ok juga.

Nasi Dagang

Tapi kalau nak datang makan pagi pun ada kat sini sebab mereka beroperasi hari Selasa sampai Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam. Kalau sarapan pagi kat sini istimewa kerana ada Roti Tik Tak dan juga Roti Goldees. Kat tempat lain tak ada tau sini jer tau. Maha suka sangat roti Tik Tak sebab firstime tengok kat dalam rancangan Majalah3 hari tu terus teringin sangat akhirnya dapat juga.

Roti Tik Tak

Roti Goldees

Cara nak makan roti Tik Tak ni Maha tengok kat tv tu dia kata kena campurkan semua telur separuh masak dan juga kaya yang ada atas roti tu. Lepas tu makan lah ikut cara korang tapi rotinya sangat garing. Manis-manis dan masin semua dapat rasa dalam roti tu pastu minum dengan Kopi O atau Milo Panas terbaik.



Makan pagi dah makan tenghari dah untuk makan petang pula korang boleh layan kat sini menu istimewa mereka iaitu Laksam. Kuah lemak yang enak dan juga ada sambal pedas mengacamkan selera minum bersama dengan Kopi Ais atau Nescafe Ais terbaik lah.

Laksam

Maha cite ni bukan suka-suka tau tapi memang Maha dah makan kat sini puas rasa nak pergi lagi. Recommendation untuk korang yang mencari makanan tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kawasan ni parking agak terhad jadi kena pandai-pandai cari ok. Apa pun selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut dapatkan di :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5






26 ulasan:

  1. Wahh bestnya.. nampak sedap dan menyelerakan. Thanks sharing Maha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 abang khir nanti share ngan kawan2 lain ok..

      Padam
  2. Oh my cravingnya tengok Nasi Kerabu tu. tapi macam Nasi Pak Man tu macam best juga hehe.

    BalasPadam
  3. sedapnya nasi kerabu ;(( nampak mcm cantik je kedai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai dekorasi agak kosong sebab selalu penuh orang

      Padam
  4. perkara pertama kalau nak terjah sana, nak rasa roti tik tak tu.. dah dekat sgt dengan rumah, boleh la testing food ke sana.. thanks for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya rumah dekat hari2 boleh datang hehehe...

      Padam
  5. wah bestnya tgk nasi kerabu tu

    BalasPadam
  6. Sedapnya nasi kerabu dia!!! Nanti kena cari ni. Makyong udah teringin...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak Makyong teringin kena pergi hehehe

      Padam
  7. Pergh! sedap gila makan atas ni. trrliur dah ni.

    BalasPadam
  8. Nasi kerabu dan roti tik tak tu nampak mengiurkan sangat. Ok, nanti sis terjah bila free

    BalasPadam
  9. bencilah ngan seorang maha mahu ni, makanan kelantan ni pun kita tak pernah try dia dah sampai dulu, ish! nak kena terjah gak ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe orang Kelantan dah selalu rasa kita baru nak rasa..

      Padam
  10. Nasi kerabu dia memikat hati... petang nie nak makan nasi kerabu la

    BalasPadam
  11. Nasi kerabu dia sangat mengancam... terlapar pulak dibuat nya. I memang suka makan masakan pedas pedas macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan Kelantan tak pedah tau Sunshine manis2 semua yer...

      Padam
  12. Bestnya makanan Kelantan mmg sedap2 . Terbaik!

    BalasPadam