Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong Juga Terkenal Di Pulau Pinang

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau Penang memang orang akan cari Nasi Kandar lah dan yang popular mestilah Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Line Clear dan ada beberapa lagi. Tapi tu dah biasa boring betul tak.


Apa kata korang cuba Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong yang orang kata sekarang ni dah cukup popular kat Penang dan mula mendapat perhatian pengunjung. Maha hari tu mula-mula nak pergi tempat nasi kandar yang biasa tu tapi ramai sangat orang dan juga parking pernuh. Jadi Google lah satu dan jumpa restoran Deen ni terus cuba.



Sebab orang kata kat sini pun tak kurang hebatnya masakan mereka dengan lauk yang banyak dan besar dan rasa yang pekat. Korang kena sampai awal ok kalau dalam pukul 3 petang tu memang tak ada dah lauk dan korang akan makan nasi putih jer hehehe. 



Kat sini macam kedai Nasi Kandar lain juga korang kena beratur untuk ambil nasi dan pilih lauk atau korang boleh suruh mereka hantar makanan dalam bentuk makan berhidangan dengan pelbagai pilihan lauk yang korang nak. 



Biasalah kat Nasi Kandar lauk yang ada dan popular mestilah Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng, Udang Goreng, Sotong Goreng, Telur Rebus dan juga sayur-sayuran seperti kacang bendi dan juga terung. Pasti korang akan pilih Kari Daging atau Ayam dan juga ada paru dan juga hati di masak kicap.


Memang kalau makan Nasi Kandar ni tak lekat bau kat tangan walaupun dah dibasuh dengan sabun tak sah. Itu menandakan ia memang dimasak dengan penuh rempah dan juga cara yang sangat lama. Itu yang membuatkan ia menjadi kegilaan ramai orang bila datang ker Penang ni. 



Satu pinggan yang Maha makan ni dalam RM8 ke RM9 sahaja ok lah tu kan. Tak masuk minuman dan kalau makan nasi kandar mesti kena minum dengan Cendol atau Air Kelapa baru kena. Restoran Deen Nasi Kandar ni buka setiap hari tapi ada waktu mereka akan tutup untuk kemas barang dan buka semula pada waktu malam. 


Jadi mungkin ni boleh jadi salah satu pilihan korang untuk cari Nasi Kandar terbaik kat Penang ni selain daripada yang selalu orang sebutkan. Maha pun suka sini sebab tempat agak selesa dan juga parking macam biasa susah juga nak cari. So datang Penang kena makan Nasi Kandar walau kat mana yang korang rasa sedap ok. Selamat mencuba. 


 



4 comments.. read them below or add one

NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 17 August, 2017
ni yg belakang time square tu ke...memang nk singgah sana tapi sesak.huhuh
Maha Mahu Maha Mahu 17 August, 2017
Ni yang kat Penang akak saya tak sure lak belakang Time Square tu..
Auni Afeeqa Auni Afeeqa 17 August, 2017
Auni suka makan nasi kandar ni. Suka minta kuah campur. Sedapnya...
Maha Mahu Maha Mahu 18 August, 2017
Nasai Kandar banyak lokasi kan tapi ni salah satu yang korang boleh pilih...