Lokasi Baru Asam Laksa Terbaik Penang Ditemui Laksalicious

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bercakap tentang Asam Laksa dan Pulau Pinang memang tak boleh dipisahkan. Kalau ke Penang ada satu kedai laksa yang terbaik korang kena cuba. Maha hari tu dah pergi makan Asam Laksa nya memang tak rugi. 


Nama kedai tu Laksalicious tempat ini mempunyai suasana yang selesa dan kedai masih baru. Ia terletak di celah-celah deretan kedai-kedai klasik yang mempunyai tinggalah sejarah sendiri. Kalau nak cari pergi ker Jalan Hutton di tengah-tengah bandar Penang.


Antara menu Laksa yang ada kat sini korang boleh pilih daripada Penang Nyonya Asam Laksa, Penang Nyonya Lemak Laksa dan juga campuran kedua-dua kuah ni pun korang boleh cuba menarik. Dalamnya juga dihiaskan dengan sayur segar seperti pudina, salad, timun, bawang dan juga nanas. 

Penang Nyonya Lemak Laksa

Penang Nyonya Asam Laksa

Harga sangat berpatutan ini mengikut saiz mangkuk siap ada keropok udang lagi dan tu memberi rasa rangup dalam kesedapan laksa tersebut. Kat sini mee laksanya pun korang boleh pilih ada dua pilihan iaitu mee beras atau mee putih. Kedua-dua mee ini memberi rasa yang lain kepada korang kalau cuba. Maha suka mee beras sebab ia lebih pejal dan tebal.

Mixed Laksa

Prawn Cracker

Selain daripada laksa korang boleh pilih juga makanan pencuci mulut yang lain seperti yang Maha makan ni Crispy Cempedak Roll. Pelik kan selalu kita makan popiah inti sayur jer kali ini intinya adalah Cempedak. Rangup dan juga manis di dalamnya tak caya kena cuba ok.

Crispy Cempedak Roll

Pulak tu makan sambil dibilas dengan air Cendol pulak tu terbaik lah. Kepada pecinta kopi korang kena cuba Vietnamese Drip Coffee ini yang sangat original dan pekat. Susah nak dapat kopi ni kat sini.

Cendol

Vietnamese Drip Coffee

So tunggu apa lagi kalau korang datang bercuti atau atas urusan kerja kat Penang kedai Laksalicious ini korang boleh cuba untuk cari kelainan. Tak adalah bosan selalalu makan Nasi Kandar jer betul tak. Selamat mencuba semua ok.


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





{ 8 comments.. read them below or add one }

I N A  A I N A A I N A A I N A A 11 August, 2017
Huaaaa rugi tak masuk ritu. Ena mai sana, jumpa kedai ni tapi tak berani masuk sbb takut tak sedap dan tak halal. Huaaa rugiiiiii!
Maha Mahu Maha Mahu 11 August, 2017
Tak lah kebetulan kita sampai Penang hari tu yang makan kat sana hehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 11 August, 2017
Kedai ni tak ada sijil Halal lagi tapi no pork. Dato chef wan ada makan kat sini juga hehehe...
Syakilla Azam Syakilla Azam 13 August, 2017
Boleh singgah next month ni, nak ke Penang juga ni...
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 13 August, 2017
susah nak cari kedai2 menarik kt penang ni sbb jalannya bersimpang siur..heheh. boleh la simpan dlm list bila balik utara nti
Maha Mahu Maha Mahu 14 August, 2017
Boleh cuba cari kelainan sikit hehehe sebut nama Mahamahu dapat diskaun wakakaka..
Maha Mahu Maha Mahu 14 August, 2017
Kedai ni pun tersorok sikit dan parking agak susah area ni kena jalan kaki...