Terima Kasih Kerana Sudi Datang Rumah Terbuka Aidilfitri Mahamahu Dan Sambutan Hari Jadi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah nak akhir Syawal dah ni tapi masih ramai lagi yang buat open housekan. Sapa nak jemput Maha In Sha Allah boleh datang kalau ada jemputan lah hehehe.


Cuma nak update kat sini tentang Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sambutan Hari Jadi yang Maha buat baru-baru ni. Jutaan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi datang dari jauh-jauh. Pastu ada kawan yang bertahun-tahun tak jumpa tiba-tiba tahun ni dapat jumpa akhirnya.



Betullah matlamat buat open house ni bukan sahaja nak makan-makan tapi nak mengeratkan silatulrahim yang jauh didekatkan yang dekat dirapatkan. Seronok walaupun Maha buat tak besar sangat kecil-kecil jer. Almaklumlah tahun ni tak ada sponser ehhh hehehe.




Tapi terkilan sikit sebab tahun ni tak seramai 2 tahun lalu. Rasa tahun-tahun sebelum ni habis semua makanan sampai kena tambah berkali-kali. Tahun ni habis juga cuma cukup-cukup jer. Tak tahu lah tak sedap ker apa. Maha minta maaf kalau masakan tak sedap sebab orang bujang masak hehehe.

 


Update sikit menu buat sapa yang tak dapat datang hari tu Maha ada masak Kuah Kacang dan Nasi Impit, Soto, Bihun Sup, Rendang Ayam dan Jelly Oren. Cuma yang beli Buah Oren, Lemang dan juga Kuih Raya jer hehehe. Kek hari jadi daripada abang kembar Maha sama sambut hari jadi juga terima kasih.



Tapi Maha nak ucapkan terima kasih pada yang sudi datang meriahkan majlis juga sangat terima kasih kepada yang telah bagi hadiah dah tua-tua pun dapat hadiah harijadi lagi hehehe. In Sha Allah moga pemberi hadiah tu terus mendapat keberkatan dan kebahagian dari Allah Maha tak mampu nak membalasnya.


Maaf pada sapa yang tak ada dalam gambar Maha tak sempat nak ambil gambar korang semua. Ni pun gambar yang kawan-kawan share kat Facebook dan Instagram jer hehehe. Terima kasih semua tunggu 2 tahun lagi In Sha Allah Maha akan buat kalau ada rezeki.







6 comments.. read them below or add one

sensasi2020 sensasi2020 20 July, 2017
Terima kasih MahaMahu menjemput kami sekeluarga ke rumah terbuka pada Ahad lepas.

Best juga dapat makan orang bujang masak.

Insya Allah, lain kali datang lagi jika dijemput.
Maha Mahu Maha Mahu 20 July, 2017
Hehehe terima kasih kerana sudi datang masak biasa2 jer bro... In Sha Allah akan datang boleh buat lagi..
fadzli@cetaktshirt fadzli@cetaktshirt 24 July, 2017
Sedapnya banyak makanan..insylh dipermudahkan rezeki tuan =)
mrhanafi mrhanafi 24 July, 2017
seronok tengok gambar Maha dan kawan-kawan..

nampak kemeriahannya..

dan satu tak sangka Foodie Blogger boleh masak la..wow hebat tu
Wan Syahida Wan Syahida 28 July, 2017
sangat baik dapat beramah mesra sempena raya :)