Sekarang Ni Kek Coklat Daim Dan Toblerone Ini Dah Boleh Dapat Dengan Mudah Dan Murah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau Maha tanya sapa suka kek coklat mesti ramai yang angkat sampai dua belah tangan sebab Maha sendiri pun sangat suka kek coklat. Tambah pula kalau kek coklat tu ada rasa yang unik dan menjadi kegilaan ramai.


Walaupun jauh beribu batu tetap orang akan cari untuk dapatkan kek coklat tu kan. Apa yang Maha maksudkan kek coklat ini iaitu Toblerone Chocolate Cake dan Daim Chocolate Cake. Selalu kita tengok coklat ni dalam bentuk kiub kecik-kecik yang popular jual kat Langkawi kan. Tapi kali ni ia dalam bentuk kek yang besaiz besar dan rasa jauh lebih sedap dah boleh dapat kat KL.


Sorry lah Maha ni mungkin dah lambat sebab ramai orang dah tahu pasal kek coklat ini tapi Maha baru dapat tahu sebab ada kawan office mate jual. Sebelum ni ada dengar kata jual kat IKEA tapi dah tak ada. Kata kawan Maha dia dapatkan stock daripada London melalui kawan di kat sana jadi senang.

Rasa Limpahan Kenikmatan Coklat


Rupanya betul lah kalau sapa suka pada kek coklat yang penuh ini adalah pilihan yang terbaik. Yang Kek Daim tu ia menggabungkan kacang badam dengan krim keemasan dan karamel, disejukkan dengan coklat susu licin. Yang ni korang boleh simpan dalam peti sejuk beku ia boleh tahan sampai setahun tarikh luputnya tau.




Satu lagi tu pula dihiasi dengan potongan-potongan Toblerone menggabungkan kacang badam dengan krim coklat dan coklat susu licin. Selalu kita beli bentuk tiga segi jer kan Toblerone ni tapi kali ni di tabur atas kek coklat memang bila gigit dapat rasa coklat yang penuh dalam mulut. 




Walaupun ia dari luar negara tapi jangan risau ia Halal dan Gluten-Free. Sebelum ni kan orang viral tentang Milo Cube dari luar negara ramai jer yang makan betul tak. Dia kata stock baru akan tiba 2 Ogos ni sapa yang nak boleh order sekarang kerana selalunya kalau stock sampai akan habis sebab orang dah tempah awal. Maha pun dah order lagi kerana memang suka pada kek coklat macam ni.

Tempah sekarang harga sangat murah 

 


Nak order mai Maha kasi no tel 019-3396779 nama dia Shalaz hensem orangnya nak call boleh whatsapp pun boleh nak Facebook dia ada kat bawah ni. Harga sangat berpatutan ok hanya RM45.00 satu kotak 400gram. Kalau area KL delivery tu ada tapi kena tambah cas kalau nak ambil sendiri pun boleh datang area Cheras. Jangan kata Maha tak kongsi tau memang kek ni layan harga murah sangat tempah banyak-banyak ok.







{ 13 comments.. read them below or add one }

✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 27 July, 2017
Selalu makan coklat daim jer . Tak tahu pulak ada kek daim ni .terliur laa
Wan Syahida Wan Syahida 27 July, 2017
Wow daim dah ada cakes pulak~~
Maha Mahu Maha Mahu 27 July, 2017
Kann selalu makan coklat Daim kecik2 tu jer beli kat Langkawi sekarang dah ada kek lagi hehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 27 July, 2017
Tu lah baru tahu sedangkan menda ni dah lama ada kat Malaysia hehehe..
cc kak fas cc kak fas 27 July, 2017
Saya pun baharu tau ada kek cokelat ni. Saya mmg suka cokelat Daim dan Tobelrone.. Harus cuba ni...
Maha Mahu Maha Mahu 27 July, 2017
Kann kena beli banyak sekali sebab satu tak cukup tau...
Azhafizah Md Nor Azhafizah Md Nor 27 July, 2017
dah lama teringin nak makan kek daim ni.huhu
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 27 July, 2017
Masyallah..geramnya tengok coklat coklat ni..rasa nak suruh hantar johor je
Nik Ainaa Nik Ainaa 27 July, 2017
Meleleh airliur tgk kek ni. Dah la kita ni peminat coklat plus minat jgk mkn2 kek ni huhu
Bro Framestone Bro Framestone 28 July, 2017
Wowww menarik, area Cheras je rupanya...
Salma Othman Salma Othman 28 July, 2017
Sedappp. Dulu pernah beli kat ikea yang jual per slice tu. best ni boleh order untuk special occasions atau masa rasa nak melantak coklat. Hahaha.
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 29 July, 2017
peh...melimpah-limpah coklat nye..boleh kena kncing manis ni.heheh. Sekali skala boleh la mkn
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 15 August, 2017
Wahhh ok jugak harga dia..ok ok akk nak try order sekarang jugak..:D