Produk Nestle Milo Energy Cube Yang Tular Dilaman Social Adalah Produk...

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam sebulan dua ini menjadi tular pulak tentang produk Milo yang berbentuk cube. Sebelum ni kita kat Malaysia hanya kenal Milo serbuk dan minuman dalam kotak jer. Tapi kini dah makan ramai orang menjual Milo Energy Cube lak.


Maha pun salah seorang yang telah beli sebab tularnya produk ni makin hangat lak. Nak rasa punya pasal beli juga lah secara online walaupun harga agak mahal tapi boleh lah beli satu pack. Tengok bentuk empat segi tu ingat besar tapi sebenarnya indah khabar dari rupa wakakaka. Ia hanyalah sebesar jari Maha jer tak besar mana pun.


Cube ini dicipta untuk memudahkan orang awam mendapat khasiat daripada Milo tu secara terus makan tanpa perlu bancuh. Cube ini memang dah sedap dan manis pun dan tipu kalau orang ada post pasal cube ni buleh cair buat air. Maha dah cuba memang tak boleh walupun masukan air panas. Ia hanya untuk dikunyah dalam mulut terus wakakaka.


Hari tu ada timbul isu pasal kesahihan halal produk ini dan Maha dah dapatkan daripada pihak JAKIM sendiri yang mengesahkan produk ini mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) iaitu salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat.


Logo Halal yang mereka guna pun tiada isu ianya tidak bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan di Negara Nigeria. Bila tengok rupanya produk ni di bawa dari Nigeria patut lah harga mahal Maha beli hari tu untuk satu pek 100 biji RM56.00 termasuk pos. Tapi tak apalah nak rasa punya pasal beli juga dan habis pun wakakaka.


Kenapa Nestle Malaysia tidak keluarkan juga Milo dalam bentuk cube ini murah sikit nak beli hehehe. Apa pun Nestle Malaysia akan menganjurkan acara sarapan terbesar untuk tahun 2017 ni. Ada 7 lokasi yang bakal berlangsung antaranya adalah Pulau Pinang pada 19 Mac yang lepas, Kota Kinabalu 26 Mac, Kuching 2 April, Johor 8 April, Kuantan 16 April, Kota Baharu 6 Mei dan kemuncak Putrajaya pada 14 Mei nanti. Jom kita meriahkannya.

{ 24 comments.. read them below or add one }

mama tisya mama tisya 23 March, 2017
sedap ke??mmg kena bli online je kn..tkde dijual di mana2 pasaraya
Sally Samsaiman Sally Samsaiman 23 March, 2017
Sally belum terpanggil nak beli pun...hahahaha
Maha Mahu Maha Mahu 23 March, 2017
Sedap akak makan macam gula-gula.. setakat ni tak nampak jual kat mana2 selain online jer hehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 23 March, 2017
Sally makan dengna chef jer dan artis wakakakaka..
Maha Mahu Maha Mahu 23 March, 2017
Memang mahal akak sebab import Malaysianya tak keluar...
Salma Othman Salma Othman 23 March, 2017
mahal sangat.tapi teringin gak.haha
Adzril Maizan Adzril Maizan 23 March, 2017
dah kenapa Malaysia tak nak keluarkan ?
Maha Mahu Maha Mahu 23 March, 2017
Tak apa dah gaji hari ni kan hehehehe beli satu cuba...
Maha Mahu Maha Mahu 23 March, 2017
Tunggu kau ambil alih Nestle Malaysia jadi CEO hehehehe..
mama tisya mama tisya 23 March, 2017
Bawa skit nk rasa masa food review hehe
Wanrus Waniee Wanrus Waniee 23 March, 2017
sedapnya tapi mahal lah pulak. salam bw jom join : Segmen : Nak Wani Reviewkan Blog Anda?
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 23 March, 2017
Boleh tahan mahal juga harganya ye Maha kan?
Maha Mahu Maha Mahu 23 March, 2017
Tu lah sedap memang menarik macam makan gula2.... Nak buat macam mana barang import.
Maha Mahu Maha Mahu 23 March, 2017
Biasalah kak produk import luar negara hehehe tapi sekali sekala beli nak rasa jer..
Maha Mahu Maha Mahu 23 March, 2017
Hehehe kita punya dah habis sedap sangat hehehehe..
Wan Syahida Wan Syahida 26 March, 2017
sedap semestinya mahal....
Maha Mahu Maha Mahu 26 March, 2017
Betul juga tu hehehe...
Edo Irfandi Edo Irfandi 12 July, 2017
berarti malaysia belum punya milo cube kaya ini ya??
Wan Syahida Wan Syahida 28 July, 2017
Siap dah cuba bancuh dalam air tu lawak... Apa pun yang penting halal.
MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman 03 October, 2017
Tak pernah try lagi yang jenis cube ni. Ada juga masa pergi pasaraya tu orang tu suh beli, tapi tak beli pun
Shafyqah Azry Shafyqah Azry 19 November, 2017
pernah niat nak beli tapi harga :'( tapi rasanya sekarang dah murah sikit kot