Alternatif Makanan Untuk Sahur Agar Lebih Sihat Dengan Nutri Brown Rice

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari dah puasa ker 12 untuk tahun ini amacam korang nya puasa ok lagi. Setakat ni sahur korang makan apa untuk tidak terlalu lebih makan dan juga untuk memberi tenaga sepanjang satu hari puasa.


Pasti ada yang beli susu dan juga tak kurang yang beli makan tambahan lain untuk kekal bertahan bulan puasa ini. Tapi Maha senang jer sekarang ni dah ada satu minuman yang sihat malah bagi tenaga juga. Maha amalkan Nutri Brown Rice daripada Abrand Food. Selalu beras ni kita makan masak jer tapi ni mereka hasilkan satu minuman.


Kenapa kerana ia lebih mudah untuk disediakan dan tidak perlu proses yang lama hanya campur dengan air panas dah boleh nikmati beras perang ini dalam bentuk minuman. Kita tahu orang yang ada kencing manis atau diabetis sesuai sangat untuk bertukar kepada beras perang daripada beras biasa. 



Beberapa kebaikan beras perang yang sempat Maha research ia adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak. Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.



Jadi bulah puasa ini memang kita mudah kena sembelit betul tak kerana makanan tapi tak minuma dengan cukup. Jadi minuman Nutri Brown Rice ni sangat membantu tambah-tambah minum waktu sahur. Kat Maha sekarang ni ada 5 jenis Nutri Brown Rice dengan pelbagai kebaikan yang berlainan mengikut pengguna. 



Nutri Brown Rice Original (No Sugar Added)
Nutri Brown Rice Original
Nutri Brown Rice Chocolate
Nutri Brown Rice Honey Flavor
Nutri Brown Rice Oat with Soy Lecithin



Yang Maha paling suka adalah pastinya chocolate tu macam adik-adik juga suka kepada chocolatekan. Sekarang setiap hari sahur bulan Ramadhan Maha ambil minuman ini dan Alhamdulillah boleh bertahan untuk satu hari dengan pelbagai aktiviti kerja dilakukan. Selain dapat menjagi kesihatan badan dengan khasiat dari beras perang tu.



Satu kotak ni ada 8 sachets dan ia adalah produk yang mendapat Halal dari Jakim Malaysia dan juga mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, juga GMP, HACCP dan juga ISO 22000. So yakin untuk ambil produk ni hari-hari tanpa was-was. Cara nak menyediakan tak susah hanya tuang air panas 200 hingga ker 220ml dalam cawan dan kacaukan minuman ni sehingga sebati.



Jadi amalkan makanan sihat setiap hari untuk pastikan kita tak menyesal kemudian hari. Tak rugi pun belanja sikit untuk kekal kesihatan sepanjang hayat. Mana nak beli produk ni korang boleh dapatkan di mana-mana pasaraya besar seperti Giant, AEON, Cold Storage, Popular, Mercato dan Sam's Groceria. Selamat menjamu bersahur dan selamat berpuasa semua.

Maklumat lanjut layari:






2 comments.. read them below or add one

Mrs Fuzy sweetsourleyra Mrs Fuzy sweetsourleyra 07 June, 2017
sy dh minum jugak..mmg sedap :)
Maha Mahu Maha Mahu 07 June, 2017
Sedap kan akak sesuai untuk sahur dan jaga kesihatan.