Aktiviti,

Jasa Kita Dan Metabo Menjalin Kerjasama Membawa Peralatan Berkuasa Tinggi

Sabtu, April 15, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada hujung minggu lepas Maha dijemput untuk majlis pelancaran kerjasama antara Jasa Kita dari Malaysia dan juga Metabo dari German. Mesti pelikkan apa nama dua syarikat ini. Tapi bagi pengendali dalam industri berat seperti kontraktor, pengeluar peralatan asal dan fabrikasi ia adalah syarikat yang susah utuh pada tahapnya sendiri.


Acara conference ini telah belangsung selama satu hari di Marriott Hotel Putrajaya pada 8 April 2017. Maha cite sikit pasal syarikat Jasa Kita yang sempat didengari sepanjang conference tersebut. Jasa Kita Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur sejak tahun 1993. Produk bekalan mereka boleh didapati di lebih 500 peniaga dan pemborong di seluruh Malaysia, termasuk sistem perkakasan dan peralatan, peruncit moden dan bekalan produk kejuruteraan syarikat.


Di antara produk edaran mereka di Malaysia untuk jenama terkenal seperti Devon, SATA, Kuani, Brook Crompton, Toshiba, dan bateri automotif seperti GP. Excel & Feima Electric Motors. Jadi pada majlis tersebut Jasa Kita berkerjasama dengan Metabo untuk menjadi pengedar tunggal produk tersebut di Malaysia. 

Random Orbital Sander

Impact Drill

Cordless Fan


Sikit pula pasal Metabo ini mula-mula dengar ingat makan wakakaka tapi rupanya ia adalah syarikat pengeluar alatan pertukangan yang berkuasa dan berkualiti tinggi. Antara produk yang dikeluarkan oleh Metabo adalah seperti Mitre Saw, Angle Grinders, Beveling Tool, Combination Hammer dan banyak lagi.

Mitre Saw

Drywall Screwdriver

Cordless Drill / Screwdriver

Jigsaw

Kalau tanya Maha memang tak tahu tapi kalau guna pernah jugalah menggunakan peralatan macam ni untuk buat kerja-kerja kat rumah seperti menebuk lubang untuk sangkut frame gambar. Kemudian menggunakan Hand Tool untuk kerja pemasangan dan pembaikan peralatan elektrik. Kadang-kadang sebagai lelaki ni kerja rumah yang sikit-sikit ni buat sendiri jer kalau panggil orang mahu kena bayar berpuluh-puluh ringgit kan.




Pada majlis tersebut juga mereka mengadakan demonstrasi untuk semua produk Metabo kepada tetamu yang hadir. Maha sempat tengok beberapa produk yang ada memang semuanya memudahkan kerja dan juga menjadikan kerja lebih kemas dan selamat. Contoh paling Maha suka adalah produk Mitre Saw KGSV 72 Xact SYM dengan fungsi gelongsor ini. Masa demo tu kalau selalu produk biasa tu bila kita potong kayu jer penuh dengan habuk-habuk tapi kali ni ia sangat kemas dan mudah.




Kadar pemotongan juga sangat tepat dan pelbagai bentuk kita boleh buat menggunakan peralatan ini seperti nak buat bingkai frame gambar ia sangat mudah. So kalau ada peralatan ini bukan sekadar kerja rumah tapi juga boleh buat business kalau sapa yang pandai dan rajin. Maha datang conference ini memang banyak ilmu yang dapat terutama untuk pengguna amatur macam Maha ni.









0 Pandangan: