Food Review,11 Hidangan Kari Jepun Yang Luar Biasa Di Sushi King Untuk Masa Terhad Sahaja
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah cuba tak masakan kari dari negara Jepun. Tak tahu pun Maha yang orang Jepun ada makan kari. Kebetulan pula Sushi King Malaysia membuat menu baru bertemakan 'Curry with a Kick' so memang nak cuba lah.
Mula-mula datang ingat kari Jepun ni samalah macam kari kat Malaysia tapi rupanya lain sangat-sangat. Kari mereka tak rasa lemak tapi ia manis-manis sebab tu kari Jepun ni mereka cuba memenuhi citarasa Malaysia yang suka pedas.
Jadi kat sini ada tiga menu yang korang boleh pilih tahap kepedasan kari iaitu Spicy Curry yang sangat pedas, Curry biasa atau juga Tomato Curry. Salah satunya adalah Chicken Katsu iaitu daging ayam digoreng rangup seperti dalam gambar di bawah ni.
 |
Chicken Katsu |
Kemudian ada lagi menu baru yang bertemakan kari kat sini mesti korang kena cuba seperti Seafood Fry. Bagi menu ni mereka menggoreng garing daging ikan dan juga udang sehingga rangup diluar dan lembut didalam. Kemudian ada menu Yakiniku dimana dalamnya ada pan-fried beef. Kari yang ni adalah kari paling pedas sebab tu ada korang nampak sambal cili goreng kat tepi tu untuk menambah kepedasannya sehingga berapi dalam mulut.
 |
Seafood Fry |
 |
Yakiniku |
Jangan berani-berani tambah sambal tu banyak kena tambah sikit-sikit sebab memang sangat pedas ok. Tapi bagi yang nak cuba hidangan udon kali ni mereka perkenalkan Curry Kiryu Udon dapat makan udon yang dihasilkan sendiri dan pastinya saiz lebih besar dan kenyal. Sangat kena dengan rasa kari Jepun ni sesuai.
 |
Curry Kiryu Udon |
Satu lagi yang ni special kerana ada cheese dalamnya iaitu Agedashi Beef Curry. Ada cheese goreng bersama dengan fried beancurd, pan-fried beef dan cendawan. Satu hidangan ni lengkap kerana ada nasi, sup dan juga egg. Tu menu berat yang korang kena order melalu menu yang disediakan tak ada atas conveyor.
 |
Agedashi Beef Curry |
Bila datang Sushi King mesti nak kena makan sushi kan, kali ni ada juga sushi bersama dengan kari Jepun. Specialnya kat sini yang Maha suka sangat adalah Curry Tori Katsu Gunkan dan juga Curry Ebi Fry Nigiri. Sushi ini ada udang goreng dan satu lagi ada ayam goreng atasnya.
 |
Curry Tori Katsu Gunkan |
 |
Curry Ebi Fry Nigiri |
Dua lagi sushi ni pun special sempena dengan konsep kari Jepun iaitu Aburi Curry Tamago dan juga Curryfornia Roll. Semua ni korang leh makan sampai puas sebab biasalah sushi saiz kecil boleh sekali ngap jer. Promosi kari Jepun ini telah bermula sejak dari 1 April yang lalu sehingga 30 Jun 2017 sahaja. Rebut peluang sekarang kerana korang akan dapat rasa keunikan kari ini.
 |
Aburi Curry Tamago |
 |
Curryfornia Roll |
Tapi yang lagi special kali ini adalah mereka ada sediakan dua jenis pencuci mulut berasaskan donut iaitu Matcha Ice-Cream Doughnut dan juga Vanilla Ice-Cream Doughnut. Dua2 ini kegemaran Maha ok sebab donutnya sangat lembut dan juga rasa aiskrim memang terbaik. Boleh order kedua-duanya kalau rasa tak puas makan satu hehehe.
 |
Matcha Ice-Cream Doughnut |
 |
Vanilla Ice-Cream Doughnut |
Apa lagi nak cite semua dah ada memang semuanya kari kari kari. Bagi membuak-buak rasa kenikmatan kari Jepun di Sushi King ini ada satu peraduan yang dianjurkan di Facebook Sushi King. Bagi mencabar keberanian makan pedas kari Jepun mereka ini peraduan "Curry-Hot-Kick" tengah berlangsung sekarang.
Caranya mudah sahaja korang hanya perlu post gambar diruangan komen cara korang menikmati
Curry-Hot-Kick yang paling kreatif dengan komen yang menarik dan
#MySKCurry. Kemudian tag 2 orang kawan korang untuk sahut cabaran ini juga. Nak sertai boleh terus ker laman
Facebook Shushi King dan masuk sekarang juga. Selamat mencuba semua.
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
xpernah lagi mkn sushi..
BalasPadamKali ni kena pergi sebab lain daripada lain ada rasa kari.. Jangan lupa masuk contest tu kalau dah makan nanti ok..
PadamMmg best makan sushi...mcm x boleh nak stop makan. Tp harga tu...huhu mau kene tunggu gaji
BalasPadamHehehehe tak apa boleh try contest yang ada kat Sushi leh dapat baucer and makan puas2 ok..
Padamsushi king pun tak pernah makan lagi
BalasPadamKnp tak pernah jadi kena pergi cuba..
PadamWah, sushi pun ada fusion juga ya. Macam mana lah rasanya sushi berkari ni...teringin nak makan juga lahhhh
BalasPadamHehehe sedap and terbaik kari boleh pedas dan tak pedas tau..
Padam