Resipi Maggi Goreng Sambal Hitam Menangis Kepedasan Mengalahkan Samyang Dari Korea

8:00 PG Maha Mahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sambal Hitam memang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia umumnya dan orang Pahang khasnya. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan dalam sambal ini dan pasti cara penyediaannya yang teliti. 


Sebelum ni nak dapatkan sambal hitam ini memang susah kena pergi Pahang beli atau juga suruh tok nek masakan. Tapi sekarang tak susah dah kerana dah ada serta Malaysia. Ia telah dikomersialkan oleh usahawan muda anak jati negeri Pahang sendiri iaitu saudara Khairul yang mahukan seluruh rakyat Malaysia menikmati keenakan dan kepedasan sambal ini. 


Sebelum ni Maha ada cite pasal Sambal Hitam Menangis kalau ada masih ingat yang botol bentuk lama. Tapi sekarang mereka dan buat pembaharuan dengan sticker baru untuk menaikan kualiti produk juga menaikan rasa kesedapan sambal ini. Maha dah rasa sendiri sambal ini mula-mula Maha buat cicah makan pisang goreng dan juga keropok leko. Memang kaw dan power kepedasannya lebih sedap daripada sambal kicap.


Amaran
*Awas kepada mereka yang ada masalah perut dan juga buasir dilarang makan sambal ini.
*Tidak digalakan untuk dihidang kepada kanak-kanak bawah umur.

Tu peringatan ok nanti karang tiba-tiba salah makan kena sakit yang bukan-bukan salahkan Maha pulak hehehe. Maha suka sangat sambal ni jadi terfikir nak buat satu resipi mudah dan sedap yang sesuai untuk orang bujang. Resipi ni Maha bagi nama Resipi Maggi Goreng Sambal Hitam Menangis sebab lepas makan maggi ni memang mengalir air mata.


Bahan untuk menyediakan resipi ini sangat mudah hanya perlu ada dua bahan utama ini:
1) Mee Segera
2) Sambal Hitam Menangis
3) Kicap Manis

Untuk Hiasan
1) Telur Goreng
2) Bawang Goreng
3) Daun Ketumbar

Cara nak menyediakan Maha macam biasa akan buat video untuk korang tonton senang sikit. Kalau cite satu-satu korang tak nampak. Tapi resipi ni cukup mudah tak sampai 5 minit nak buat pun. Tonton video ni sampai habis ok.


Lepas siap jer resipi ni Maha makan dengan kawan2 dan semua menangis kepedasan. Tapi tips nak hilang kepedasan sangat kena minum dengan Air Kelapa Muda In Sha Allah akan kurang. Kalau sebelum ni tular pasal Maggi Samyang dari Korea yang ramai orang kata pedas sangat tu. Korang kena cuba resipi maggi Maha ni mesti meraung kepedasan tak caya kena try.


Maha suka akan Sambal Hitam Menangis keluaran MR Melting ini kerana ia masih menggunakan bahan-bahan yang semulajadi. Seperti mana semua tahu kalau nak buat sambal hitam kena ada Ikan Bilis, Cili Padi, Bawang, Minyak, garam dan gula. Tapi satu bahan yang susah nak dapat kat KL ni membuatkan sambal hitam ini original adalah Belimbing Buluh.



Menurut apa yang tercatat pada botol ni sambal hitam ini boleh bertahan selama 1 tahun dari tempoh ia dikeluarkan. Satu botol seberat 200gram ini Maha beli kat online harga RM15.90 sahaja. Korang juga boleh beli kat stokis-stokis yang telah berada seluruh Malaysia sekarang ni dengan follow Facebook dan juga Instagram Sambal Hitam Menangis. Selamat mencuba semua.

Kawasan stokis sedia ada:-
Shah Alam | Sabak Bernam | Kepong | Selayang | Sungai Buloh | Cyberjaya | Sepang | Gombak | Setiawangsa | Kota Damansara | Kajang | Sungai Besi | Kuala Selangor | Puncak Alam | Ampang | Wangsa Maju | Perak | Pulau Pinang | Kedah | * dan masih mencari stokis baru

Tempahan atau maklumat lanjut hubungi :-
Whatapps : 013 3091472 (En Khairul)
Facebook : www.facebook.com/SHMrMelting
Instagram : www.instagram.com/sambal_hitam_menangishq




Anda juga suka post ini...

6 ulasan:

  1. pernah juga order dari rakan tempat kerja sambal hitam nie, makan dengan nasi putih pun dah sedap, :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap nasi putih panas dengan telur goreng memang jalan sedap..

      Padam
  2. Kalau macam ni wajib bagi encik suami makan, sebab dia memang tak 'lut' dengan kepedasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wakakak kalau tahap tak lut nu bahaya hehehehe tapi kena cuba juga wakakaka..

      Padam
  3. aduh..saya tak makan pedas. tapi bila tengok sambal ni dengan maggi. rasa macam nak mencuba pula. aduhh.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kene cuba memang lain daripada lain kepedasannya...

      Padam