Dapur,

Cara Senang Nak Buat Snack Bar Ikuti Resipi Marshmallow Peanuts Bar Ini

Isnin, Mac 27, 2017 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama tak update resipi kat dalam blog ni kan. Sebab tengah kumpul resipi yang lebih mencabar dan seronok nak buat. Kali ni jom kita sama-sama cuba untuk buat resipi Marshmallow Peanuts Bar.


Selalu kanak-kanak suka makan Marshmallow kan, tapi sekarang tak susah nak dapatkan marshmallow halal ada jer jual kat pasaraya tu tapi kena pandai pilih ok. Kali ni resipi ni lebih kepada bermain-main dalam mencipta resipi sendiri. Banyak menggunakan kekacang yang ringan tapi dapat memberi tenaga.


Tak semestinya menggunakan bahan yang Maha buat ni sahaja korang boleh juga tambah dan gunakan bahan-bahan lain. Tapi yang penting cara nak buat tu kena betul baru lah jagi hehehe. Maha pun try and error jer ni mula2 tak menjadi juga tapi bila dah cuba banyak kali baru lah jadi akhirnya.

Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan untuk resipi kali ini :

45 gram Butter
300 gram Marshmallows
180 gram Chocolate Rice
80 gram Biji Kuaci
80 gram Kacang Tanah
80 gram Biji Gajus
50 gram Chocolate Chips

Tak banyak pun kan sikit jer tapi korang nak tukar atau tambah bahan lain boleh kuantiti kena betul lah nanti terlebih lak. Kita tonton lak cara nak membuat resipi ni yang Maha sediakan dalam video di bawah ini ok.


Cuma last tu sebelum dibekukan dalam peti Maha tak tunjuk ada masukan Chocolate Chips sebab tu last lepas kuar tu ada chocolat kat atas bar ni. Chocolat Chips taburkan sahaja atas tu nanti ia akan melekat dengan marshmallow tu sekali. 


Rasa lepas ni korang boleh buat tak resipi mudah ni. Ia sesuai kot untuk majlis harijadi kanak-kanak sebagai kudapan dan bagi kanak-kanak riang jer. Tak terlalu manis sebab ia menggunakan Marshmallow jer tak ada tambah gula pun. Mana tahu ia boleh bagi idea pada ibu-ibu kat luar sana nak cuba yang lain daripada lain. Selamat mencuba semua ok.





6 ulasan:

  1. nampak sedap ni...sennag jugak kan buat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti senang bagi bakal chef kita ni hehehhee...

      Padam
  2. Balasan
    1. Sedap dan senang nak buat cuba lah nanti..

      Padam
  3. perghh terliur tengok marshmallow yang mencair tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masrhmallow cair tu tak leh makan melecur mulut hehehe kena sejukan dulu tau wakakaka..

      Padam