Resipi Ayam Ini Daripada Produk Pokka Minuman Campuran Susu Dan Perisa Cookies & Krim

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha dapat belajar satu lagi resipi menggunakan satu produk minuman. Maha ada cite kat korang pasal produk minuman Pokka yang ada banyak variasikan. Selain daripada boleh terus minum produk ini juga boleh dijadikan bahan masakan dalam makanan utama kita.


Macam yang Maha cite sebelum ni bahawa produk ini tiada bahan pengawet, tiada pewarna dan pasti dijamin Halal. Sebab tu Maha rasa kalau guna produk ini lebih sesuai terutama nak masak makanan sihat. Kali ni kita sama2 belajar nak buat satu resipi yang diberi nama Ayam Tumis Bersusu atau Milk-Braised Chicken orang putih panggil hehehe.


Bahan utama dalam resipi ini adalah Pokka Susu Cookies & Krim untuk menggantikan bahan yang berlemak. Selain daripada minuman susu yang Maha gunakan ini kat pasaran mereka juga ada satu lagi jenis minuman susu iaitu Pokka Susu Tembikai. Mana korang nak dapat minuman ni sekarang dah banyak jual kat pasaraya seluruh Malaysia.


Sebab apa Maha gunakan minuman ini kerana ia akan menjadikan ayam lebih lembut dan juga tekstur yang sekata semasa ia masak. Maha belajar resipi ni dalam Youtube yang disharekan oleh mereka yang profesional. Jadi nak ubah sikit ikut selera tempatan Maha tambah beberapa bahan-bahan yang lain, jom kita tengok apa bahan yang Maha gunakan ok.


Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Ayam Tumis Bersusu.
1) 1/2 ekor ayam
2) 2 1/2 cawan Pokka Susu Cookies & Krim
3) 1/2 sudu kecil Garam
4) 1/2 sudu masak Lada Hitam
5) 3 sudu masak Butter
6) 5 ulas Bawang Putih
7) 5 helai Daun Bay
8) 4 batang Kulit Kayu Manis
9) 1 biji Lemon (ambil kulit)
10) 1 sudu masak Mixed Herbs

 

Jom kita tonton pula cara-cara nak membuat resipi mudah ini. Korang kena tonton sampai habis baru jadi ok.


Macam mana senang tak nak buat resipi ini, rasa-rasa semua ibu-ibu boleh buat sendiri kat rumah ni. Sesuai untuk gantikan ayam goreng yang biasa kita gunakan dalam Nasi Ayam sebelum ni. Ayam ini lebih lembut jadi anak-anak lebih suka kot. Hasil last ayam tu nampak macam lain sikitkan itu sebab Maha taburkan cheese atasnya untuk lebih sedap lagi tu terpulang kepada korang ok.


Hidangan ni kalau makan bersama keluarga sangat-sangat sesuai sebab setengah ekor ayam boleh makan dalam 4 atau 5 orang. Tapi kalau keluarga besar korang boleh gunakan satu ekor ayam dan bahan-bahan lain korang boleh doublekan kuantitinya. Tapi kena pasti korang menggunakan produk minuman Pokka iaitu Susu Cookies & Krim baru lah menjadi ok. Selamat mencuba semua.







6 comments.. read them below or add one

LeYa n Otomen Taro LeYa n Otomen Taro 21 February, 2017
Wah!!! Best ni... Nanti LeYa boleh try resepi ni
Maha Mahu Maha Mahu 21 February, 2017
Nanti dah buat LeYa kongsilah kat sini ok hehehe.. Selamat mencuba...
Shesyira As Shesyira As 21 February, 2017
nampak sedap tapi xpernah lgi jumpa susu ni
Maha Mahu Maha Mahu 21 February, 2017
Susu ada jual kat banyak supermarket sekarang kena guna produk ni jer baru rasa sedap.
naimah wahab naimah wahab 22 February, 2017
Yum yum yum, sedapnyer...pagi2 dah bikin kecur liur :)
Maha Mahu Maha Mahu 22 February, 2017
Sedap kena cuba tau hehehehe...