Bukit Jalil,

KL Carnival Bukit Jalil Bazar Berkonsepkan Kontena Terbesar Di Asia

Isnin, Februari 20, 2017 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bakal muncul Mac tahun ini satu lagi pusat tumpuan ramai yang nak mendapatkan sesuatu menarik di Kuala Lumpur. KL Carnival Bukit Jalil tarikan terbaru dalam satu kawasan bazar berkonsepkan kontena pertama di Asia.


Sebelum ni kita tahu KL Downtown sahaja tapi kali ini KL Carnival bakal mewarnai malam-malam anda di Kuala Lumpur. Menariknya akan menggunakan konsep bazar kontena yang menyediakan 300 kontena dan gabungan 300 khemah. Korang rasa tak penat nak jalan habiskan satu malam kat KL Carnival ini. Jom kita tonton video teaser sikit pasal KL Carnival ini kat sini.


Baru-baru ini telah diadakan majlis ramah mesra media bersama dengan pengurusan KL Carrnival Entertainment Shopping Bazaar Sdn. Bhd bertempat di tapak sebenar bazar ini. Turut meriahkan majlis ini juga adalah barisan artis popular tanah air seperti Amira Othman, Shiha Mentor, Tahirah Sirat, Ramona Zamzam, Ziha AF, Joey BPR, Ran Raja Lawak, Reyhana Yunus dan ramai lagi.



Dalam ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd. En. Mohd Rustam Haji Roshandin mensasarkan pembukaan pada 24 Mac 2017 ini dengan peringkat pertama menempatkan 50 buah kontena dahulu. Ia akan disusuli dengan selebihnya dari masa ke semasa sehingga dianggarkan sepenuhnya Mei tahun ini. Ini kerena kontena yang ditempatkan disini direka khas mengikut kehendak perniaga.

En. Mohd Rustam Haji Roshandin Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd.

Menarik lagi kat sini katanya akan menempatkan stage untuk persembahan artis dan persembahan kebudayaan pada malam minggu. Korang mesti banyak persoalan tentang KL Carnival ini seperti parking, bagaimana nak sewa tapak, waktu operasi dan macam-macam lagi. Maha sediakan korang dengan jawapan bagi semua persoalan ini ok.

1. Adakah ianya beroperasi setiap hari?
- KL Carnival akan beroperasi setiap hari selama 5 tahun

2. Waktu beroperasi?
- Waktu operasi KL Carnival 6.00 petang - 4.00 pagi

3. Bagaimana dengan kemudahan seperti parking ?
- Sebanyak 500 parking bay secara percuma disediakan on site dan pengunjung juga dibenarkan parking di stadium hockey (3minit berjalan) dan juga di Stadium Bukit Jalil (6-7minit berjalan)

4. Kekosongan ke untuk peniaga menyewa tapak?
- Setakat ini sewa khemah hanya tinggal 15% sahaja dan kontena telah melebihi 50%.

5. Berapakah bayaran atau sewa yang dikenakan?
- Menyediakan kadar sewa serendah RM43 sehari bagi kontena dan RM450-RM650 sebulan bagi khemah.

6. Bagaimana untuk menghubungi bagi penyewaan tapak ?
- Sila datang ke pejabat KL Carnival di Bukit Jalil mulai jam 3.30pm - 8.00pm Isnin hingga Sabtu. Juga boleh berhubung dengan pegawai seperti maklumat yang disediakan di bawah.



So bagi Maha ini adalah peluang keemasa buat usahawan muda kita yang sebelum ini masih mencarai tapak untuk perniagaan mereka. Selain daripada business online kita juga perlu kepada business offline kerana ia lebih mendekatkan kita kepada pembeli dan meyakinkan mereka. Jadi tunggu apa lagi ini masanya kerana ia sangat strategik dan pasti meriah.



Buat anda pembeli pula tunggu sampai bulan Mac ini akan mula dibuka kepada semua orang. Jadi serbu sahaja kerana memang pasti penuh dengan pelbagai aktiviti menarik pada waktu malam korang. Alang-alang dekat dengan rumah Maha ni tiap-tiap harilah nampaknya datang ke sini cari hiburan. Jumpa korang kat sanan nanti ok.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
Tel : 016 – 677 7016
        03 – 4288 2844






6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang best apa yang dirancang lagi meriah daripada downtown sebelum ni.

      Padam
  2. woah! cun! set date. nak pergi! nampak sangat happening ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok set uncle Zuan boleh bawa kita dan belanja kita makan kat sana.

      Padam
  3. WoW!!! Best ni... nak cuba juga lah sewa tapak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus2 ni peluang usahawan kita nak berniaga lebih serius..

      Padam