Deepavali,

Hilton Petaling Jaya Menyediakan Persiapan Deepavali Buat Warga Kota

Rabu, Oktober 26, 2016 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita kan rakyat 1 Malaysia semua perayaan kita sambut baru meriah. Tapi bagi orang macam Maha ni apa yang best bila tiba perayaan ni? Mesti lah cuti wakakakaka. Untung jadi rakyat Malaysia setiap perayaan kita meraikan dengan meriah.


Tak lama lagi dalam minggu ni kita akan meraikan Deepavali mesti time tu banyak muruku dan kuih muihkan. Tapi kat mana nak cari makan-makanan ni semua sebab tak ada kawan India sekarang ni, boleh lah korang pergi kat Restoran Paya Serai Hilton Petaling Jaya. Kat sini mereka menyediakan hidangan masakan India daripada Chef S.Vengadesan, Ketua Tukang Masak India.


Kalau korang ada masa kat KL boleh singgah hotel ni untuk buffet makanan sempena dengan Deepavali yang telah bermula dari 24 Oktober hingga 7 November 2016 ini. Terdapat lebih daripada 30 jenis hidangan masakan India yang disediakan ini masa untuk korang tahukan.


Selain Muruku ada juga Biryani Lamb Shank ni memang ramai orang suka ni. Kemudian ada pulak Rajastani Laal Maas, Crab Varuval, Mysore Chicken, Malabar Mackrel Curry dan banyak lagi. 







India popular dengan rotikan kat sini pun ada Thosai yang boleh dinikmati dengan pelbagai jenis kuah seperti Idli, Saaru/Rasam dan Huli/Sambar. Maaflah Maha tak dapat explane detail semua menu tu korang boleh tengok gambar yang disediakan ok hehehe.



Masyarakat India juga kalau raya ada kuih raya mereka sendiri macam kita. Cuma kuih raya mereka banyak berasaskan kekacang dan manis. Kalau kat sini korang boleh lah cuba manisan sepeti Rasmalai, Rava Kheer, Jelebi, Gulab Jamun, Pineapple Kesari, Coconut Candy dan juga paling popular Laddhu.








Buffet lunch kat sini harga hanya RM104 nett bagi dewasa dan RM58 nett bagi kanak-kanak. Manakala buffet dinner pula harga RM119 nett untuk dewasa manakala RM64 nett bagi kanak-kanak. Bagi yang nak Hi-Tea hujung minggu juga disediakan dengan harga RM114 nett bagi dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03 7955 9122 ext. 4060/4056
Facebook : www.facebook.com/hiltonpetalingjaya

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




0 Pandangan: