Buffet Lunch Makanan Jepun Yang Sedap Ada Di Gen Japanese Restaurant

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang penggemar makanan Jepun tidak? Maha ni nak kata minat sangat tu tak adalah tapi kalau dapat makan sekali sekala menarik juga. Kali ni pergi makan hidangan buffet tengahari di Gen Japanese Restaurant Sunway Putra Hotel.


Maha selalu juga datang kat Sunway Putra Mall yang sebelah hotel sebab tu dapat tahu tentang buffet lunch makanan Jepun. Rasa Maha ni yang pertama kot orang buat konsep buffet makanan Jepun sebab selalu hotel atau restoran mesti makanan Malaysiakan. Tapi ini peluang nak makan puas-puas pada satu harga sahaja.


Tempat makan yang disediakan juga sangat sesuai dan menarik macma tempat yang Maha dapat ni seperti bilik makan kat rumah di Jepun. Ada meja rendah dan juga peralatan Jepun terbaik tapi bilik ni terhad kena booking dulu ok.


Bagi set lunch ini akan berubah setiap minggu jadi korang akan dapat rasa menu yang berbeza setiap minggu.
Masa Maha datang tu ada hidangan Sushi Roll, Sashimi dan Sushi Maki wajib kena cuba. Makanan Jepun yang orang paling cari bila datang restoran Jepun betul tak. 


Kemudian untuk main dish konsep buffet ada juga Niniku Chahan, Yaki Pasta, Chicken Sukiyaki Gratin, Butter Fish Temppanyaki dan Winter Melon with Mince Chicken. Maha paling suka bila makan nasi Jepun ni sebab lembut dan agak sticky buat kita cepat kenyang hehehe.






Bahagian goreng-goreng pula ada seperti Prawn Roll, Fried Wanton dan Breaded Crab Claw. Yang ni ramai kana-kanak suka sebab set untuk buffet ini bukan orang dewasa jer tapi kanak-kanak pun boleh ok.
California Maki
Classic Japanese Mackerel - Saba Shioyaki Grilled
Japanese Salmon

Juicy Tori Teriyaki

Crunchy and Crispy Ebi Tempura

Kalau makan hidangan Jepun tak perkena dengan Green Tea mereka memang tak sah. Set buffet ni memang dengan minuman tu. Ok tu untuk makanan mesti korang tanya pulak dengan harga. Special price untuk dewasa hanya RM78 nett dan untuk kanak-kanak pula harga RM39 nett dari hari Isnin hingga Sabtu pukul 12.00 tengh hari hingga 2.30 petang.



Sebelum ni pun mereka ada set a la cart yang menyediakan juga masakan Jepun. Paling best untuk set a la cart ni ia cantik dan menarik kerana disusun dalam bentuk BENTO dengan semua hidangan lengkap. Kalau nak order yang ni pun boleh juga dengan harga RM39 nett sahaja. Tunggu apa lagi mai kita cuba hidangan Jepun pula selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03 4040 9888
Email : spkl.dine@sunwayhotels.com
Facebook : www.facebook.com/sunwayputrahotelkl


Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5



2 comments.. read them below or add one

Cik Itah Cik Itah 25 October, 2016
wahhhh sedapnya..terliurr
Maha Mahu Maha Mahu 25 October, 2016
Sedap Cik Itah memang best boleh belanja keluarga nanti..