Fonterra Foodservices Malaysia Meneruskan Fasa Kedua Kempen "Anchor Say Cheese 2016"

Fonterra Foodservices Malaysia Meneruskan Fasa Kedua Kempen "Anchor Say Cheese" - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai tahu apa dia produk yang dibawa oleh Fonterra Foodservices Malaysia ni. Kalau sapa2 tak tahu boleh baca kat entry yang Maha pernah tulis sebelum ini tentan produk2 yang dikeluarkan oleh Fonterra. Banyak yang kita guna kat rumah juga banyak yang digunakan oleh pengusaha makanan di seluruh Malaysia.


Ms Linda Tan Head of Fonterra Foodservices Malaysia

Kali ini tahun 2016 Fonterra telah melaksanakan kempen "Anchor Say Cheese" dimana mereka menghasilkan pencuci mulut menggunkan produk Anchor daripada profesional chef mereka. Tapi semua pencuci mulut ini hanya boleh didapati di kedai2 bakeri rakan kongsi mereka. Setakat ini ada 8 cawangan bakeri seluruh Malaysia yang menyediakan pencuci mulut khas daripada Achor ini.


Salah satunya adalah RT Pastry House Subang Jaya, Maha dijemput untuk bersama2 merasai pencuci mulut istimewa yang diperkenalkan sempena dengan kempen tersebut. Firstime pergi kat bakeri ini dan firstime juga dapat rasa pencuci mulut menggunakan produk Anchor Krim Keju. Kalau korang nak tahu bakeri ini telah dibuka sejak 2003 lagi dan mereka menyediakan pelbagai roti dan pencuci mulut yang sedap2.

Cheeznie

Almond Rosa

Jom kita tengok lak apa pencuci mulut yang disediakan special daripada produk Anchor Krim Keju ini. Hari tu ada 4 jenis pencuci mulut special yang sempat Maha cuba iaitu pertama Almond Rosa, iaitu dihasilkan dengan mentega badam kek span pedas dengan lapisan yang kaya dengan keju krim. Kedua pula Cheeznie, gabungan sempurna keju dan coklat dengan keju krim diapit di antara dua keping brownies coklat picisan dan mendahului dengan walnut cincang best gila.

Lady Marmalade 

First Love 

Tu baru kek kemudian untuk pastri pula Maha diberi cuba First Love iaitu roti manis dengan keju krim gula perang di tengah-tengah ditaburi dengan gula perang membuat hati luluh pasti jatuh cinta pada gigitan pertama dan kedua Lady Marmalade iaitu  roti manis dengan oren pengisian krim keju mendahului dengan halwa kulit oren diatasnya. Kedua2 ini pasti korang akan datang kalau cuba kat sini sebab tak ada jual kat kedai2 lain.


Sudu edisi terhad Anchor

Lagi best sebenarnya korang juga akan membawa pulang sudu edisi terhad Anchor dengan setiap pembelian dua kotak pencuci mulut dari produk Anchor ini. Kalau korang tahu produk yang dibawa oleh Fonterra adalah produk Halal dari New Zealand yang dijamin terbaik dari ladang. Nak dapatkan sesetengah produk ini ada jual kat beberapa pasaraya dan ada sesetengah dikeluarkan untuk pengusaha makanan di Malaysia sahaja. Lepas ini korang boleh lah cuba guna produk Fonterra ini untuk hasilkan pencuci mulut yang sedap2 dan menarik. Selamat mencuba semua ok.








0 comment... add one now