Suasana Meriah Meraikan Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke 2 Projek Travel

Suasana Meriah Meraikan Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke 2 Projek Travel  - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih belum lambat lagi Maha nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 2 buat team Projek Travel tahun ini. Team yang terdiri dari 7 orang blogger hebat2 dan bekerja kuat ni untuk tubuhkan team ini.


Sikitlah cite bagaimana Maha boleh kenal team Projek Travel ini. Semua secara tak sengajakan first Maha kenal adalah Penaberkala orang kuat juga dalam team ni. Bila kenal dia dan join banyak aktiviti blogger ni jadi mula rapat dengan semua ahli team ini. Walaupun jarang dapat join mereka punya aktiviti terutama makan tapi hubungan kawan tu tetap kuat betul tak hehehe.


Tahniah kepada semua ahli team Projek Travel yang telah menyambut ulang tahun ke 2 mereka baru2 ini pada 20 Februari 2016. Bertempat di D'Saji KL Titiwangsa merupakan penaja terbesar makan malam yang special ini.
Selain di sini Felda D'Saji ni juga ada banyak buka cawangan dan salah satunya di Dewan Perdana Felda. Malam tu bertemakan Black & Gold menjadikan semua tetamu malam itu seperti raja dan ratu memperagakan penampilan masing2.



Maha pun tak lepas peluanglah nak bergaya malam tu dengan pakaian Batik Jawa hehehe. Meriah juga malam tu dimana bukan setakat ada makan malam tapi ada persembahan artis di bawah naungan Indigital Sdn Bhd. Ada lagu kegemaran Maha nyanyian Sandra pasti lah 'Hei Kau' semua turut menyanyi bersama2kan.


Malam tu lagi dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah2 yang cukup banyak. Semua hadiah2 sponsor katanya Maha pun jelous sebab dalam banyak2 tu satu pun tak dapat bukan seorang yang bertuah. Antara penaja2 hadiah pada malam tu adalah Red Box, Red Stiletto Camper, Fairyna Beauty, SPA Mawar Putih, Yati Adam,  FizGraphic, Akamika Gift dan ramai lagi.



Tu baru sponser hadiah cabutan belum korang tengok kek special malam tu yang ditaja khas oleh Niza Kek House. Suka tengok rupa kek tu cantik sangat rasa pun sedap. Juga malam tu untuk kami bergambar mesra dan cantik photo booth pula ditaja oleh ThesePlay.  Lagi malam tu juga dijayakan oleh rakan baik team ini sapa lagi kalau bukan Gaya Travel Magazine iaitu majalah tempatan terbaik 2015. Maha ada juga dapat join aktiviti dari Gaya Travel ni masa pergi Eat, Travel and Write Putrajaya tahun lepas.




Tapi yang pasti paling best adalah makan malam hari tu yang ditaja oleh D'Saji KL Titiwangsa. Memang banyak gila makanan yang sedap2. Maha suka makan buffet macam ni sebab boleh tambah banyak kali. Pulak tu kawasan restoran tu yang luas dan strategik untuk korang adakan acara besar seperti majlis koporat atau majlis perkahwinan. Siap malam tu persembahan tarian tradisional ditaja oleh penari kebudayaan D'Saji ok. So kalau korang buat acara kat sini ada semua pakej ok lengkap.







Apa pun Maha nak ucapkan jutaan tahniah sekali lagi kepada semua ahli team Projek Travel untuk ulang tahun ke 2 mereka. Mesti ramai nak kena semua ahli team PT kan mai Maha senaraikan ada 7 orang iaitu Mawardi Yunus, Khai Artzfar, Kahairul Anuar, Fauzi Aryaan, Potia Casadelarossa, dan dua orang bunga dalam team ni Dikbee serta MekOnie. Dia orang ni semua baik2 dan pandai dalam urusan mencari job dan event2 ni. Kalau sapa2 nak job jumpa lah dia orang ok.

Layari www.projektravel.com untuk ikuti perkembangan mereka.






{ 10 comments.. read them below or add one }

Norma NML Norma NML 02 March, 2016
Bestnya...semoga Projek Travel terus maju jaya :)
Eraz Fadli Eraz Fadli 02 March, 2016
Seronoknya santai2..

Jemput baca dan komen di entri

3 Sebab Kenapa Ramai Orang Kita Muda-Muda dah Papa Kedana?

http://www.erazfadli.com/2016/03/3-sebab-kenapa-ramai-orang-kita-muda.html
Maha Mahu Maha Mahu 02 March, 2016
Best mlm tu ada artis ada cabutan bertuah hadiah lak tu banyak cuma bukan rezeki hehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 02 March, 2016
Terima kasih Eraz Fadli sudi kongsi....
mat remos mat remos 02 March, 2016
Tq mahamahu sebab sudi datang ke majlis kami.. ^_^
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad 02 March, 2016
semoga terus maju jaya tuan
Blogger2u Blogger2u 02 March, 2016
meriahnyer baca entry Maha ni... pandai olah ayat... terbaikkkklah... tak sangka maha ada malam tu.... lama tak jumpa lah katakan...
Maha Mahu Maha Mahu 02 March, 2016
Sama2 tapi malam tu tak dpt jumpat Mat Remos knp tak buat penampilan istimewa hehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 02 March, 2016
Kannn moga PT akan terus maju dan ada job tu jangan lupa kawan2 hehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 02 March, 2016
Hehehehe mana ada orang baru belajar lah... Tapi Maha tak meriah sebab tak dapat hadiah cabutan waaaaaaa ;-( huhuhu :d