Cendol,

VFood Festival Pesta Makan Sampai Pengsan Di Shah Alam Sangat Meriah

Isnin, Februari 08, 2016 Mahamahu 2 Comments

VFood Festival Pesta Makan Sampai Pengsan Di Shah Alam Sangat Meriah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang mesti suka pergi festa2 makanan yang banyak macam VFood Festival ni. Maha pun suka pergi kalau bekelapanganlah dan kebetulan pada hujung minggu lepas Maha berkesempatan untuk menikmati hidangan yang disediakan di VFood Festival ini.


Program macam ni bagus sebenarnya dapat mengumpulkan semua vendor2 makanan yang ada di Malaysia ini untuk lebih mendekati peminat makanan diserata Malaysia dan mempromosikan produk makanan yang mereka ada. Maha respek kat penganjur program ini kerana berjaya mengumpulkan lebih dari 100 vendor termasuklah juga artis2 yang turut terlibat dalam industri makanan. 


Acara ini sebenar telah berlangsung selama 2 hari minggu lepas iaitu 30 dan 31 Jan 2016 di perkarangan Stadium Shah Alam. Memang ramai gila orang, Maha yang datang hari terakhir tu pun masih banyak lagi manusia yang memang suka mencari makan di pesta2 seperti ini. Banyak peniaga2 makanan pelbagai jenis daripada makanan tempatan hingga kepada makanan barat ada dijual di sini. Pelbagai cara promosi dan tawaran hebat yang ditawarkan, oleh sebab tu Maha suka datang ke pesta seperti ni.



Tapi sayang Maha tak dapat datang semua booth sebab banyak sangat yang menarik kat situ. Maha sempatlah singgah booth no D-21 iaitu Cendol Kak Long. Maha memang kenal dengan pengusaha cendol ini iaitu Kak Heze juga dulu merupakan seorang blogger aktif tapi sekarang mungkin sibuk dengan perniagaannya. Sebenarnya Kak Heze ni ada perniagaan katering untuk mereka2 yang tinggal di area Klang dan Shah Alam atau yang berhampiranya, orang lebih kenal dengan Salamah Catering




Hari tu Kak Heze hanya fokus kepada peniagaan Cendol Kak Long sahaja untuk di jual kepada semua orang yang datang ke pesta tu. Maha adalah antara pelanggan yang suka kat Cendol Kak Long ni. Kalau hari2 biasa korang nak datang kedai Cendol Kak Long ni ada di area Klang. Nak lebih detail korang boleh baca kat review yang Maha pernah buat untuk cendol ini memang terbaik.




Atas ni antara gambar2 yang di kongsi pengunjung pesta ni menggunakan #VFoodFestival korang boleh tengok sana banyak lagi makan2 menarik. Apa pun Maha suka datang pesta macam ini cuma mungkin lain masa mereka boleh pilih lokasi yang ada kemudahan public transport seperti LRT kerana ini akan lebih menarik ramai crowd untuk datang menikmati pelbagai jenis makanan. Apa pun usaha korang untuk buat festival macam ini memang Maha tabik dan mampu membantu usahawan2 muda nak ceburi bidang perniagaan makanan seperti ini. So next time kalau ada lagi In Shaa Allah Maha akan datang makan ok.








2 ulasan:

  1. Sronok bila dpt pegi Pesta mknan camni, byk booth makanan dpt rs, akak pn kenal kak heze tp blum sempt lg try cendol nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu akak saya suka datang event mcm ni banyak makanan. Hehehe akak kena cuba cendolnya sedap...

      Padam