Sambal Bilis Pedas Dan Sambal Ikan Masin Pedas Buat Bekal Dari Jun's Kitchen

Sambal Bilis Pedas Dan Sambal Ikan Masin Pedas Buat Bekal Dari Jun's Kitchen - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Orang Malaysia ni tak boleh lari daripada makan nasi bersama sambal yang pedas2 katanya baru terangkat. Maha pun suka makan pedas2 tapi kalau pedas sampai meraung menangis keluar air peluh jantan ni tak tahan juga hehehe. Kali ni ada satu lagi produk bumiputera yang dihasilkan homemade untuk memenuhi nafsu makan kita ini.



Ini lah dia produk Bumiputera daripada Jun's Kitchen ada dua sekali yang memang pedas meraung iaitu Sambal Bilis Pedas dan juga Sambal Ikan Masin Pedas.
Maha tak tahu pun ada jual produk siap makan macam ni. Ni pun dapat tahus semasa merayap kat EhEh Bazaar Hijra 2016 baru ini, jumpa lak kat booth Foodhouse By Sister. Jadi apa lagi sambar lah tengok menarik dan tertarik jer.



Produk makan terus macam ni memang patut dibanyakan kerana ia boleh digunakan bila2 masa dan di mana sahaja. Kalau yang travel jauh2 luar negara nak bawa makanan tempatan macam ni memang sesuai sangat. Tak perlu masak terus leh makan dan tak risau tentang Halal dan kesedapannya di jamin. 


Maha dapat mencuba kedua2 sambal ini memang terangkat. Kalau Sambal Bilis Pedas tu memang pedas dan banyak sangat ikan bilis dalamnya. Boleh makan begitu sahaja dengan nasi putih atau makan dengan bahan lain seperti roti, nasi lemak, mee dan macam2 lagi lah. Kalau nak buat masak pun boleh macam mana yang Maha buat ini resepi menggunakan Sambal Bilis Pedas. Jom tonton video resepi kat bawah ni yang mudah dan di jamin sedap ni hehehe.



Mudah bukan nak buat nasi goreng kalau gunakan produk ini. Korang boleh guna juga Sambal Ikan Masin Pedas ni dan ia juga sedap boleh buat nasi goreng ikan masin cuma tak perlu tambah garam. Mana nak dapat kedua2 produk yang sedap ni. Mana lagi kalau bukan secara online atau hubungi mereka dengan nombor seperti di bawah ini. Harga berpatutan hanya RM16.00 sahaja sebotol. Tunggu apa lagi jom order sekarang juga.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Whatapps : 012 253 6826








2 comments.. read them below or add one

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 23 February, 2016
Saya memang tak tahan makan pedas ni, tapi suami saya pula kuat makan pedas..sangat sesuai la kalau beli bagi dia makan ni
Maha Mahu Maha Mahu 24 February, 2016
Hehehehe kena beli dua2 sebab dua2 pedas meraung cuba lah akak...