Restoran Masakan Asli Padang Sari Ratu Prima Buka Cawangan Ke 8 Di Medan Tuanku

8:00 PG Maha Mahu 12 Comments

Restoran Masakan Asli Padang Sari Ratu Prima Buka Cawangan Ke 8 Di Medan Tuanku - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai tak tahu bahawa masakan Padang pernah menjadi antara masakan paling sedap di dunia oleh sebuah program TV antarabangsa. Masakan Padang tidak lepas daripada element santan segar dan cili pedas. Itu serba sedikit cerita tentang masakan Padang yang juga telah popular di Malaysia.


Sebab itu masakan Padang yang dibawa oleh Restoran Sari Ratu Prima begitu disukai ramai rakyat Malaysia. Bagi memenuhi kehendak itu mereka telah membuka cawangan ke 8 di Medan Tuanku. Kalau korang datang shopping kat Sogo, Pertama Komplek atau Maju Junction dekat sangat dengan cawangan baru restoran ini. Betul2 bersebelahan dengan Hotel Lotus jelas boleh nampak signboard merah dan juga lukisan bumbung minangkabau.



Majlis perasmian cawangan baru ini telah belangsung pada 14 Feb 2016 yang lalu dan dirasmikan oleh Duta Besar Kedutaan Republik Indonesia, Yang Terhormat Bapak Marsekal TNI (Purn) Herman Prayitno. Maha di jemput memeriahkan majlis perasmian yang penuh dengan adat istiadat Minang. Masa perasmian tu siap ada persembahan tarian Tradisional Minang daripada para pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur

Duta Besar Kedutaan Republik Indonesia, Yang Terhormat Bapak Marsekal TNI (Purn) Herman Prayitno




Seronok tengok adik2 muda menari tarian tradisional mereka yang unik dan mengasyikkan. Pada hari perasmian tu siap ada acara menandatangani plug dan juga majlis memotong kek simbolik kepada pembukaan restoran tersebut. Ramai juga tetamu yang hadir daripada barisan VIP dan juga peminat makanan Padang di Malaysia termasuklah Maha.




Sebelum ni Maha pernah makan masakan Indonesia yang popular di seluruh Kuala Lumpur. Tapi untuk Restoran Sari Ratu Prima ini memang lain sangat kerana semua tukang masak dan juga pekerja di restoran mereka adalah orang yang memang berasal dari Indonesia. Kalau sapa2 tak tahu banyak masakan Padang yang popular dan diminati ramai orang Malaysia sebenarnya.






Diantara menu yang menjadi tarikan di restoran ini seperti Gulai Tunjang yang Maha paling suka lembut dan kenyal serta rasa lemaknya. Kemudian Rendang Daging, Ayam Kampung Popular masak stim dan Ayam Kampung Goreng Special di masak menggunakan bumbu khas. Lagi yang sedap Gulai Ayam Kampung dan juga Masak Lemak Pucuk Paku






Tapi masakan Padang tak lari daripada Sambal Merah dan juga Sambal Hijau yang menjadi pelengkap kepada masakan Padang.
Bila makan memang kena makan dengan sambal ini tapi kalau yang tak tahan pedas ambil sikit2 jer. Hari perasmian tu hidangan istimewa yang Maha sempat rasa adalah Kari Kepala Ikan Merah. Masakan ini style Indonesia yang berlemak dan lembut sangat ikannya.


Jadi buat korang yang nak rasa keaslian betul2 masakan Padang dari Sumatera Barat, Restoran Sari Ratu Prima adalah pilihan terbaik. Mesti tak akan menyesal dan puas hati cuma harga boleh tahan juga. Apa pun ada banyak cawangan kat sekitar Selangor dan KL ni boleh pilih mana yang dekat. Yang terbaru ini boleh lah datang buat mereka yang kerja sekitar Jalan TAR dan juga Jalan Medan Tuanku. Selamat menjamu selera semua ok.

RESTORAN SARI RATU PRIMA
Alamat : 7A Ground Floor Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Tel : 03-9285 8831 (Zera)
Email : marketing.sariratuprima@gmail.com







Anda juga suka post ini...

12 ulasan:

  1. salam..

    wahh mskan minang..
    yaya paling suka ikn keli msak smbal tuuu
    org minang lau msak tu perghhh! mmg asyik tringt2 la pastu.. lol ^o^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maha paling suka Gulai Tunjang tu terbaik sgt tak ada tempat lain...

      Padam
  2. Pergghh lapar terusss perut enaaa... Lanje ena makan kat sini abg Maha ahaks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Maha pun hari lapar tgk Ena update gambar makan kat merata2 tempat hehehehe..

      Padam
  3. Selalu singgah sogo sebab dekat dengan tempat kerja juga ni mahu...wowww semakin menarik lah masakan padang asli boleh makan di kawasan tengah bandar KL...great review!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dekat lah tu... Maha jarang pergi sebab sesak sgt tapi kalau dtg boleh belanja Maha nanti hehehe..

      Padam
  4. Sedapnya...Pantai Timur macam susah nak jumpa. Kena turun KL la..huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah yang ada ni kat KL dan Selangor jer... Tak apa sekali sekala turun ok gak..

      Padam
  5. kurang sikit masakan minang ni, anyway banyak juga masakan padang di area KL ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul masakan Padang ni banyak tapi nak cari yang betul asli di masakn oleh orang Padang sendiri tu yang susah hehehehe...

      Padam
  6. Meriah betul pembukaan restoran ni ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe biasa baru sikit ni ada lagi meriah wakakaka..

      Padam