Restoran Masakan Asli Padang Sari Ratu Prima Buka Cawangan Ke 8 Di Medan Tuanku
Restoran Masakan Asli Padang Sari Ratu Prima Buka Cawangan Ke 8 Di Medan Tuanku - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai tak tahu bahawa masakan Padang pernah menjadi antara masakan paling sedap di dunia oleh sebuah program TV antarabangsa. Masakan Padang tidak lepas daripada element santan segar dan cili pedas. Itu serba sedikit cerita tentang masakan Padang yang juga telah popular di Malaysia.

Sebab itu masakan Padang yang dibawa oleh Restoran Sari Ratu Prima begitu disukai ramai rakyat Malaysia. Bagi memenuhi kehendak itu mereka telah membuka cawangan ke 8 di Medan Tuanku. Kalau korang datang shopping kat Sogo, Pertama Komplek atau Maju Junction dekat sangat dengan cawangan baru restoran ini. Betul2 bersebelahan dengan Hotel Lotus jelas boleh nampak signboard merah dan juga lukisan bumbung minangkabau.


Majlis perasmian cawangan baru ini telah belangsung pada 14 Feb 2016 yang lalu dan dirasmikan oleh Duta Besar Kedutaan Republik Indonesia, Yang Terhormat Bapak Marsekal TNI (Purn) Herman Prayitno. Maha di jemput memeriahkan majlis perasmian yang penuh dengan adat istiadat Minang. Masa perasmian tu siap ada persembahan tarian Tradisional Minang daripada para pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur.
![]() |
Duta Besar Kedutaan Republik Indonesia, Yang Terhormat Bapak Marsekal TNI (Purn) Herman Prayitno |



Seronok tengok adik2 muda menari tarian tradisional mereka yang unik dan mengasyikkan. Pada hari perasmian tu siap ada acara menandatangani plug dan juga majlis memotong kek simbolik kepada pembukaan restoran tersebut. Ramai juga tetamu yang hadir daripada barisan VIP dan juga peminat makanan Padang di Malaysia termasuklah Maha.



Sebelum ni Maha pernah makan masakan Indonesia yang popular di seluruh Kuala Lumpur. Tapi untuk Restoran Sari Ratu Prima ini memang lain sangat kerana semua tukang masak dan juga pekerja di restoran mereka adalah orang yang memang berasal dari Indonesia. Kalau sapa2 tak tahu banyak masakan Padang yang popular dan diminati ramai orang Malaysia sebenarnya.





Diantara menu yang menjadi tarikan di restoran ini seperti Gulai Tunjang yang Maha paling suka lembut dan kenyal serta rasa lemaknya. Kemudian Rendang Daging, Ayam Kampung Popular masak stim dan Ayam Kampung Goreng Special di masak menggunakan bumbu khas. Lagi yang sedap Gulai Ayam Kampung dan juga Masak Lemak Pucuk Paku.





Tapi masakan Padang tak lari daripada Sambal Merah dan juga Sambal Hijau yang menjadi pelengkap kepada masakan Padang.Bila makan memang kena makan dengan sambal ini tapi kalau yang tak tahan pedas ambil sikit2 jer. Hari perasmian tu hidangan istimewa yang Maha sempat rasa adalah Kari Kepala Ikan Merah. Masakan ini style Indonesia yang berlemak dan lembut sangat ikannya.

Jadi buat korang yang nak rasa keaslian betul2 masakan Padang dari Sumatera Barat, Restoran Sari Ratu Prima adalah pilihan terbaik. Mesti tak akan menyesal dan puas hati cuma harga boleh tahan juga. Apa pun ada banyak cawangan kat sekitar Selangor dan KL ni boleh pilih mana yang dekat. Yang terbaru ini boleh lah datang buat mereka yang kerja sekitar Jalan TAR dan juga Jalan Medan Tuanku. Selamat menjamu selera semua ok.
RESTORAN SARI RATU PRIMA
Alamat : 7A Ground Floor Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Alamat : 7A Ground Floor Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Facebook : www.facebook.com/NasiPadangSariRatuPrima
Tel : 03-9285 8831 (Zera)
Email : marketing.sariratuprima@gmail.com