Kesegaran Semulajadi Dengan OISHI Green Tea Berperisa Laici Kini Di Malaysia

Kesegaran Semulajadi Dengan OISHI Green Tea Berperisa Laici Kini Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dalam cuaca kat Malaysia yang tak menentu ni dan asyik panas yang berpanjangan ni dapat air yang segar dan sejuk memang best. Air minuman yang semulajadi dari sumber asli segar dari ladang bersama dengan kemanisan yang sebati urhmmmm.


Baru2 ini F&N pengedar minuman di Malaysia telah melancarkan produk minuman baru dari jenama OISHI Green Tea. Minuman teh hijau bersama dengan perisa Laici ini telah pun berada di Malaysia. Istimewa pada korang yang suka air minuman teh hijau dan juga air laici kini dalam satu botol sahaja. 


Kenapa mereka menggabungkan teh hijau dan laici ni? Sebenarnya minuman laici adalah minuman utama pilihan rakyat Malaysia. Jadi mereka pengeluar minuman teh hijau yang unggul kini menggabungkan dua rasa yang serasi ini dan jadi lah OISHI Green Tea Lychee yang ada dipasaran sekarang.
OISHI Green Tea di pilih daripada 3 pucuk teh yang muda dan segar di ladang organik mereka. Diproses dengan selamat dan penuh prosedure menghasilkan teh yang terbaik.


Tu serba sedikit lah tentang bagaimana minuman OISHI ini dihasilkan dan dijaga kualitinya. Selain daripada OISHI Green Tea terdapat juga lagi beberapa perisa lain untuk produk keluaran OISHI ini. Antara perisa lain iaitu Original, Genmai, Honey Lemon dan Lemon Tea Black. Semua ni kalau di minum sejuk memang menyegarkan dan sedap. Oishi Green Tea Lychee dihasilkan di Malaysia dan diedarkan oleh F&N Beverages. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz termasuk 250ml pek Tetra harga RM1.35, tin 300ml harga RM2.00 dan botol 380ml harga RM2.20.



Sekarang ni produk OISHI telah berada di pasaran Malaysia di banyak lokasi seperti pasaraya besar, stesen minyak atau kedai serbaneka. Maha dah rasa perisa laici memang sedap tapi agak manis sikit kot. Nak minum boleh tapi jangan ambil selalukan. Hari perasmian tu juga Maha di jemput untuk mencuba hidangan baru di restoran yang menjadi lokasi pelancara minuma ini. Makanan berasaskan Laici juga wow. Nak tahu kena tunggu ok next posting ok. Selamat mencuba.










{ 8 comments.. read them below or add one }

Kak Nieyl Kak Nieyl 26 February, 2016
Selamat pagi... :)
sye peminat oishi nie...yumyum...
Maha Mahu Maha Mahu 26 February, 2016
Saya dah cuba memang menarik rasa laici bersama teh hijau...
Maha Mahu Maha Mahu 26 February, 2016
Kena pergi bro yang lain tu perisa biasa ni special punya....
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 26 February, 2016
Manis tak maha?? selalu ayaq laici ni manis melecaih.. hahahha sampai gerun nak minum.. kalo teh bunga ok..
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad 26 February, 2016
oo boleh cubalah, kurang gula ke?
Maha Mahu Maha Mahu 26 February, 2016
Hehehe bab manis tu bagi Maha agak manis juga... Mungkin orang lain rasa lain lah.
Maha Mahu Maha Mahu 26 February, 2016
Ni tak di mention kurang gula lak rasa boleh tahan...