Chiba Sweet Potato Keledek Yang Terbaik Dari Sebuah Negara Maju Jepun

Chiba Sweet Potato Keledek Yang Terbaik Dari Sebuah Negara Maju Jepun - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sedapnya kalau dapat makan keledek yang lembut dan manis dalamnya. Tapi ada beberapa tempat jer yang jual kat KL ni susah juga nak cari yang manis semulajadi ni. Nasib baik ada satu keledek ni yang datang dari sebuah negara maju yang kita tak sangka mereka juga mengimport keledek yang sedap ini.


Chiba Sweet Potato adalah satu lagi produk pertanian segar dari negara matahari terbit tersebut. Walaupun negara mereka begitu popular dengan kemajuan masih ada lagi daerah yang mengeluarkan produk pertanian sesedap ini.
Chiba adalah satu daerah di tenggara Tokyo hanya 40km sahaja jaraknya dengan ibu negara Jepun itu. Kalau korang perasan maskot untuk produk ini bernama Chiiba yang datang dari bentuk muka bumi daerah itu sendiri tau.

Daerah Chiba dan maskot bernama Chiiba

Kini produk Chiba Sweet Potato telah berada di negara kita Malaysia yang rakyatnya memang suka akan makan manis dan sedap ini. Baru2 ini bertempat di Bangsar Village 1 telah adanya promosi besar-besaran untuk memperkenalkan keledek ini kepada pencintanya di Malaysia. Maha adalah salah seorang peminat keledek ini dan pada hari tersebut pertama kali dapat merasai sendiri kesedapan keledek ini.




Memang tak tipu walaupun dikukus atau dibakar korang boleh rasa sendiri kemanisan yang ada dalam keledek tesebut. Hari tu lah Maha jatuh cinta pada keledek ini. Pada hari promosi tu Maha baru tahu tentang keistimewaan keledek Chiba ini iaitu ia adalah makanan confort untuk kecantikan yang mengandungi vitamin, kalium, dan faiber yang tinggi. Ia juga merangsang usus yang datang dalam getah putih semasa kita memotong keledek yang masih mentah.




Rupanya banyak kebaikan makan keledek yang ditanam semulajadi ini. Selain daripada bakar keledek ini boleh buat macam2 rupanya. Pada hari promosi tu juga Maha baru tahu kita boleh buat Keledek Goreng Tempura, Salad Keledek, Keledek Masak Bersama Ayam, Tat Keledek dan macam2 lagi rupanya. Tapi Maha tetap suka makan bakar begitu sahaja tanpa letak garam atau gula.



Cara nak bakar keledek ni pun mudah jer ikut langkah2 ini :-
  1. Basuh keledek ini dan bungkus dengan aluminum foil. 
  2. Panaskan oven 200°C dan bakar selama 40-50 minit.
  3. Bila lembut dah sedia untuk di makan.

Mudah bukan nak sediakan keledek ini. Sekarang mana nak dapatkan pula keledek ini. Dah ada kat KL pun paling senang korang boleh beli di Village Grocer dalam Bangsar Village 1. Harga pun ok jer tak adalah mahal sangat hanya RM17.90 per kilo. Berbaloi dengan rasa dan juga kesedapan tak caya kena cuba sendiri. Tapi kalau cari kat sticker harga tu tulis nama Japanese Satsuma IMO (Sweet Potato) itu lah dia Chiba Sweet Potato ok jangan keliru lak. So selamat mencuba semua bye. 






0 comment... add one now