Hidangan Terbaik Kambing Pastinya Di Cafe Cerita Kambing @ Anggerik Mall Shah Alam

Hidangan Terbaik Kambing Pastinya Di Cafe Cerita Kambing @ Anggerik Mall Shah Alam - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sangat2 sesuai buat pecinta daging kambing yang mencari di mana ada sediakan menu khas untuk kambing sahaja. Cafe Cerita Kambing adalah warisan keluarga yang dimiliki oleh Chef Zakaria bersama keluarganya.


Maha pun bukan lah orang yang cinta makanan kambing ni tapi kalau nak makan sikit2 tu boleh lah. Bagi Maha kat sini kebanyakan menu kambing memang sedap dan juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Terletak di Tingkat 1 bangunan Anggerik Mall Shah Alam. Boleh jumpa kat area2 food court tu dan restoran ni leh kenal melalui signboardnya yang unik ni.



Menu2 kat sini juga fokus on daging kambing seperti Kambing Masak Massala dan juga Kambing Panggang. Daging kambing Massalah ni makan sesuai dengan Nasi Briyani yang juga ada sedia kat sini untuk satu set bersama dengan acar sayur.

Kambing Massala Dengan Nasi Briyani (RM 12.00)


Kambing panggan pula kat sini di sediakan dengan perapan yang sedap dan daging yang lembut. Maha suka juga kambing panggang ni lembut jer tak rasa muak dan juga bau hanyir kambingnya. Terbaik lah memang sesuai untuk orang yang suka kambing.

Kambing Bakar (RM 16.90)

Tapi jangan risau buat yang kurang gemar daging kambing tapi kat sini ada juga hidangan lain yang boleh korang nikmati. Nasi briyani boleh di nikmati dengan daging ayam masak merah atau ayam goreng. Jadi boleh lah datang makan seisi keluarga.

Laksa Johor (RM 5.00)


Kalau nak datang makan Laksa Johor kat sini jugalah tempatnya. Laksa Johor ni terkenal dengan laksa yang menggunakan spaghetti sebagai meenya. Kuah pekat dan juga enak kaya dengan sayur-sayuran dalamnya. Selain daripada makan di cafe mereka juga ada menyediakan khidmat katering untuk majlis kenduri kahwin dan juga majlis2 rasmi lain. Jadi boleh kontak Cafe Cerita Kambing ini seperti detail di bawah. Selamat menjamu selera semua.

CAFE CERITA KAMBING
Alamat : Lot 1-12, Anggerik Mall, Jln 14/2, Seksyen 14, Shah Alam Selangor
Facebook : Cafe Cerita Kambing
Waktu Operasi : Isnin – Ahad 11:30 am – 5:00 pm








0 comment... add one now