Majlis Perkahwinan Mahamahu di PICC Putrajaya

Majlis Perkahwinan Mahamahu di PICC Putrajaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hehehe Insha Allah kalau di izinkan Allah Mahamahu akan adakan majlis perkahwinan di PICC Putrajaya. Tapi tarikh tak ada lagi lah hehehe... Kita kena merancangkan. Sapa tak nak perkahwinan penuh dengan kemeriahan dan lokasi yang cantik dan besar seperti di PICC


Peluang untuk Mahamahu melawat PICC baru2 ini sangat bermakna di mana dpt mengenali segala kemudahan yg ada dalam PICC di sediakan untuk org awam. Bukan sahaja untuk mereka yg merancang untuk mengadakan perkahwinan tetapi juga untuk meeting atau majlis2 lain PICC menyediakan segala ruang yg anda mahukan. PICC kini mula di buka kepada org awam atau syarikat luar untuk mengadakan majlis meraka di sini.


 

Pastinya ruang paling besar ada Plenary Hall di mana lokasi ABPBH 2013 telah di langsungkan di sana. Malah masa Mahamahu convocation pun di adakan di Plenary Hall. memang cukup besar dan berkapasi 2800 org untuk dimuatkan dalam satu-satu masa. Memang luas seperti dewan kuliah dengan susunan kerusi yg selesa dan pentas yg luas.


Selain tu juga ada dewan lain yg juga luas dan selesa untuk acara2 keraian atau formal. Perdana Hall adalah satu lagi dewa yg luas dan di hias cantik. Ini adalah ruang yg selalu di sewa untuk majlis resepsi perkahwinan. Besar boleh memuatkan sehingga 2800 org dalam majlis perkahwinan dan sehingga 5000 untuk majlis rasmi.



Head Of State adalah satu lagi ruang dewan yg luas tapi telah di susun seperti dalam satu persidangan bulat. Ia mampu memuatkan sehingga 180 org dalam satu persidangan. Kemudian ada Putra Hall A & B ia adalah tempat selalu di adakan banquet, seminar atau pameran. Kecil sedikit daripada Plenary Hall dan mampu memuatkan 1200 hingga 2500 org dalm satu2 masa. 

 

Bagi syarikat atau mana2 pihak nak adakan meeting atau training, seminar dalam kuantitu yg lebih kecil sehingga 200 org Hall 1-10 adalah paling sesuai. Boleh di susun salam bentuk class room atau ruang ceramah di sini yg paling sesuai. Boleh di buka dinding untuk ruangan lebih besar menggabungkan beberapa bilik lain. 


Puas Mahamahu dapat jelajah satu PICC ni sebenarnya, memang pihak pengurusan PICC di bawah anak syarikat PERBADANAN PUTRAJAYA menyediakan pakej Guided Tour khas untuk mana2 delegasi atau rombongan. Siap ada pakej lunch and refreshment mengikut pilihan rombongan. Tambahan sekarang PICC telah membuka Cafe nya untuk org ramai menikmati buffet makan tghari yg sedap2. Memang PICC adalah lokasi paling sesuai untuk majlis anda. So apa lagi hubungi PICC melalui saluran di sediakan.
Tel : 03 - 8887 6000