Buffet,

Menu Special Kek Cempedak Cheese Di Swez Brasserie Sempena Krismas Dan Tahun Baru

Khamis, Disember 03, 2015 Mahamahu 0 Comments

Menu Special Kek Cempedak Cheese Di Swez Brasserie Sempena Krismas Dan Tahun Baru - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah masuk bulan Disember dan nak habis tahun 2015 rupanya. Begitu cepat masa berlalu dah banyak perkara yang kita lalui tahun 2015. Seperti biasa bila bulan Disember ini adalah musim meraikan Krismas dan tahun baru. Jadi tidak ketinggalan jugalah Eastin Hotel Petaling Jaya memeriahkan sambutan setiap hujung tahun ini.



Kali ini di Swez Brasserie cafe di dalam hotel ini dihiasa ceria dengan dekorasi Krismas dengan pokok dan juga ikon2 yang berkaitan. Begitu juga juadah yang di sediakan bagi memeriahkan lagi suasana dan merasai Krismas walaupun di sini tiada salji. Sekali dengan cuti sekolah pulak tu Krismas jadi boleh lah bawa anak-anak dan keluarga serta sedara mara datang beramai-ramai menikmati hidangan di sini.


Dengan tawaran harga serendah RM138 nett untuk seorang banyak hidangan tradisional yang boleh di nikmati tanpa had. Ianya seperti Lamb Rillettes, Beef Carpaccio to Pot-Roasted Shoulder of Lamb dengan Roasted Butternut Squash dan Sweet Red Onions, Roast Duck Burritos dengan Pineapple Dip, Salmon Tikka dengan Mojito Raita, Baked Frikadellen dengan Portobello-Cheese Crust dan banyak lagi hidangan menarik.







Kemudian di sertakan juga dengan juadah pencuci mulut yang juga melambangkan kemeriahan sambutan Krismas. Kat sini kalai korang tengok dessertnya memang tertarik dan menarik. Yang paling Maha suka adalah special satu2nya kat sini tak ada tempat lain iaitu Cempedak Cheese Cake. Korang pernah ker makan kek dengan rasa original buah Cempedak, ini adalah signature chef di sini untuk meraikan Krismas ala Malaysia. Lain2 dessert tu macam biasalah ada Christmas Pudding, Christmas Spiced Loaf, Special Christmas Cookies, Creme Caramel dan banyak lagi. 

Cempedak Cheese Cake






Juga ada untuk menikmati Christmas Hi-Tea yang berasingan pada hari sambutan Krismas dengan harga RM84 nett seorang di lokasi yang sama. Bagi yang nak menikmati hidangan special masakan Cina di sini ada 6 jenis hidangan kursus yang di sediakan oleh Chef Yong's. Bagi pilihan ini pula harga berbeza iaitu RM168 nett seorang (minimum 2 orang) termasuk minuman. 






Juga ada special Japanese cuisine untuk pecinta hidangan sebegini dengan 5 hidangan special sempena Krismas ini. Harga juga lain iaitu RM188 nett untuk seorang. Yang ni ada menu seperti Deep Fried Crab Croquette & Fresh Salad dengan Turkey Ham & Sesame Dressing, Grain Fed Black Angus Rib Eye Teppanyaki, Lamb Rack Truffle Misoyaki dan banyak lagi.





Selamat tinggal kepada 2015 dan selamat datang Tahun Baru di Swez Brasserie dengan sambutan Tahun Baru bufet antarabangsa hanya RM118 nett seorang termasuk minuman. Bersedia untuk dilayan oleh kumpulan muzik tempatan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik cabutan bertuah. Merancang malam parti Tahun Baru? Perlu tempat yang menarik? Sini juga ada menyediakan lokasi untuk sambutan tahun baru exclusive anda di Swez Brasserie daripada pelbagai pilihan bufet makan malam hanya RM118 nett untuk seorang termasuk termasuk minuman dengan tempahan minimum 100 tetamu.

SWEZ BRASSERIE @ EASTIN HOTEL PETALING JAYA

Tempahan : 03 - 7665 1111
Laman web : www.eastin.com





  

0 Pandangan: