Kesihatan,

Mengubah Sampah Menjadi Tenaga Yang Mampu Menggerakkan Sebuah Lori

Jumaat, Disember 11, 2015 Mahamahu 1 Comments

Mengubah Sampah Menjadi Tenaga Yang Mampu Menggerakkan Sebuah Lori - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sorry lah selalu hari2 Maha cite pasal makan yang sedap2 dengan gambar yang menggiurkan kata orang lah. Tapi kali ni Maha cite pula pasal sampah yang orang kita benci. Tapi hakikatnya mana datang semua sampah ini kalau bukan dari kita sendiri.


Ini fakta yang Maha telah baca iaitu bahawa rakyat Malaysia membuang sampah atau bahasa lebih baik sisa pepejal sehari sebanyak 38ribu tan. Cuba korang bayang sampah yang korang nampak kecil jer dalam tong sampah kat rumah masing2 sebenarnya bila di kumpulkan sehari seluruh negara mampu menenggelamkan sebuah rumah banglo 3 tingkat.


Maha sendiri pun setiap minggu akan kumpul sampah dalam tong sampah dan akan buang kat kawasan pembuangan sampah yang di sediakan, tapi tak tahu apa yang jadi pada sampah ini. Sebab tu maha ada bagi tahu kat facebook dan instagram apa yang kita boleh lakukan dengan semua sampah ini sehingga ia berguna pada masyarakat. Bukan suruh korang makan sampah tu tau tapi sebenarnya sampah ini boleh di tukar menjadi tenaga yang mampu menggerakkan sebuah lori, percaya tak!


Sebenarnya sampah atau baki sisa selepas pengasingan yang kita buang dari rumah atau mana2 saja lah boleh di jadikan pelbagai jenis tenaga yang boleh di gunakan negara. Di antara tenaga yang mampu di hasilkan adalah seperti elektrik, haba dan juga bahan api bagi kenderaan contohnya diesel. Wow tapi macam mana pula nak tukarkan semua tu kepada tenaga yang berguna, kena perap ker sampah tu macam kita buah jeruk.


Jangan risau semua tu bukan kita yang buat dengan menggunakan teknologi yang canggih sekarang ni tiada yang mustahil untuk di hasilkan. Sebab itu negara kita telah melangkah ke arah menggunakan teknologi Waste To Energy. Teknologi ini telah terbukti di 21 buah negara maju seluruh dunia. Jadi tak mustahil negara kita yang bakal mencapai tahap maju 2020 ni pun kena ada teknologi ini.

Rupa bentuk Loji WTE di Malaysia

Apa itu Waste to Energy atau WTE? Mesti ramai tertanya2 tapi sebenarnya kalau korang nak tahu pasal teknologi ni dah ada banyak sangat dalam Google. Teknolodi WTE adalah di mana teknologi mengubah bahan buangan seperti sampah kepada tenaga yang boleh di guna pakai. Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada sumber yang sedia ada dan akan menambah baik kegunaan tenaga di negara kita. Teknologi ini sebenar dah banyak guna di negara2 maju dan luar negara. Tengok berapa banyak negara dah menggunakan teknologi WTE ini, kenapa kita tidak?


Apa yang terjadi kepada tapak pelupusan sedia ada selepas penggunaan teknologi ini. Tengok sendiri gambar sebelum dan selepas dan ia jadikan Malaysia lebij hijau. Kat Malaysia ada plan untuk di bangunkan di kawasan yang berhampiran dengan punca buangan. Antara lokasi cadangan pembinaannya banyak juga sebab nak tampung sampah yang kita buang.



Lepas ni negara kita lebih bersih dan pengurusan sampah yang lebih teratur. Nasib ada teknologi macam ni tak ada lagi banyak pusat pelupusan sampah yang banyak mendatangkan keburukan kepada kita. Sama2 kita menjaga alam sekita dengan menguruskan sampah bermula dari rumah.

NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:

Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan.

Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan
Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil:

Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM100.00;
Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.









1 ulasan:

  1. Bagusnya cara ini, tak sia-sialah sampah yang dibuang. Bagus, harap negara kita pun boleh guna cara ini juga.

    BalasPadam