Dapur,

Resepi Sambal Sotong Orang Bujang Yang Mudah Dan Cepat Di Dapur Mahamahu

Isnin, November 02, 2015 Mahamahu 0 Comments

Resepi Sambal Sotong Orang Bujang Yang Mudah Dan Cepat Di Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tiba hari minggu inilah antara aktiviti seharian di rumah kalau tak ada apa2 nak buat iaitu memasaklah. Maklumlah duduk bujang ni kena pandai masak untuk diri sendiri. So hari ni Maha nak share resepi Sambal Sotong yang buat sendiri mudah dan cepat. 


Tips yang Maha dapatlah daripada orang2 lama bila nak masak sambal sotong ni pastikan cili yang telah di kisar di tumis dengan api yang perlahan sehingga garing sedikit. Lepas tu kalau nak lebis sedap lagi selepas tu baru masukan gula lebih uhmmm. Ok lah kalau macam tu jom lah kita tengok apa bahan2 yang Maha guna simple jer dan cepat untuk korang mana tahu nanti nak masak untuk mak mertua hehehehe..

Bahan2 untuk membuat Sambal Sotong

5 ekor sotong
20 biji cili kering
1 inch halia
4 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar air asam jawa
3 sudu minyak masak
Garam dan Gula secukup rasa


Cara-cara memasak

1) Potong sotong bulat2 dan bersihkan.
2) Kisar cili kering dengan sedikit air sehingga hancur.
3) Tumbuk dengan lesung batu bawang besar, halia dan bawang putih sehingga hancur.
4) Masukan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau.
5) Masukan pula cili kisar tadi dan goreng hingga agak garing sedikit untuk dapat rasa yang lebih sedap.
6) Lepas tu masukan sotong, air asam jawa, gula dan garam, kemudian masak sehingga sotong masak tapi jangan terlebih masak nanti sotong liat.
7) Siap dan boleh di hidangkan untuk makan tengahari atau makan malam. Selamat mencuba semua.










0 Pandangan: