dapur bujang,

Resipi Kerabu Limau Bali Yang Mudah Dan Enak

Isnin, September 29, 2025 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni nak update satu resipi yang baru Maha cuba. Resipi mudah dan sangat sedap. Juga sihat untuk dinikmati kerana menggunakan bahan hijau iaitu sayur-sayuran dan buah.



Resipi kali ini ramai orang dah buat tapi ini cara Maha buat sendiri. Resipi Kerabu Limau Bali. Sebab sekarang tengah musim buah ni dan memang banyak sangat jual murah-murah malah kat platform Tiktok pun ada jual buah ni boleh pos sampai rumah. Jadi jom kita tengok bahan dan cara yang maha buat untuk resipi ini.



Bahan-Bahan Utama

3 ulas isi Limau Bali
1/2 biji Timun Jepun (potong kecil)
3 biji Bawang Kecil (hiris nipis)
1 biji Cili Merah (potong kecil)
1 biji Cili Hijau (potong kecil)
3 batang daun ketumbar (hiris nipis)
60 gm Kacang Tanah (disangai)
60 gm Kacang Gajus (disangai)
1 biji Limau Kasturi (ambil jusnya)
1 sudu kecil Sos Ikan
1 sudu besar Gula
1/2 sudu teh Garam

Cara penyediaan resipi ni sangat mudah. Sudah sediakan semua bahan tadi kemudiam campurkan sahaja semua dalam mangkuk dan gaul. Gaul perlahan sehingga semua sekata. Dah siap mudah sangat buat tak sampai seminit. Bahagian penyediaan bahan yang agak rumit. Boleh hidang makan begitu sahaja sebagai salad atau makan dengan nasi. Selamat mencuba korang.








0 Pandangan: