Aiskrim,

Aiskrim Banana Chocolate Brownie Baru Daripada Haagen-Dazs

Khamis, Mei 21, 2015 Mahamahu 0 Comments

Aiskrim Banana Chocolate Brownie Baru Daripada Haagen-Dazs - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa tak kenal dengan jenama Aiskrim Haagen-Dazs yang telah popular di Malaysia. Sekarang pengamal diet boleh nikmati, penggila brownie juga boleh menikmati kerana aiskrim ini gabungan 3 element ini. Pasti lagi sedap dengan rasa pisang di dalamnya yang nyata.



Semasa Maha di taman sambil menikmati aiskrim Banana Chocolate Brownie dari Haagen-Dazs memang nyaman sangat. Sempoi bak hang tambah2 bila penat2 beriadah dan juga bersama keluarga sangat2 sesuai. 


Aiskrim ni rasa pekat dan sedikit berat tapi masih enak untuk di makan satu bekas ni kongsi 2 orang lagi romantik. Kalau ikut berat satu bekas ni 383gram dan bekas comel sangat rasa mcm nak simpan banyak. 


Banana Chocolate Brownie yang dibuat daripada krim 100% nyata dan susu dari Perancis, dan pisang dari Costa Rica dan Panama. Ini adalah produk paling style dengan pisang diimport dan juga di dalamnya dapat rasa ketulan Brownies. Korang peminat kek Brownie inilah peluang terbaik anda untuk makan aiskrim. 


Kalau korang biar cair sikit pun ok juga aiskrim ini keran adapat rasa krim bersama dengan pisang dan brownies. Boleh dapatkan aiskrim ini dalah pasaran sekarang bagi koleksi aiskrim dalam peti ais anda. Selamat makan aiskrim semua.







0 Pandangan: