Restoran Copper Menu Gaya Eropah Moden Di Tengah-Tengah Kuala Lumpur

Restoran Copper Menu Gaya Eropah Moden Di Tengah-Tengah Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau korang nak nikmati makan tenghari atau malam yang lebih nampak mewah dan juga bergaya di tengah2 KL ni sinilah tempatnya. Menyediakan makanan ala barat yang ada pengaruh2 mediterranean yang kuat. lamb dan steak di sini adalah yang terbaik sepertimana yang Maha telah nikmati makan malam di sini.

Charcoal Grilled Lamb

Charcoal Grilled Steak

Menu paling menarik di sini adalah berasaskan masakan arang yang utama iaitu Charcoal Grilled Lamb dan Charcoal Grilled Steak. Dua2 hidangan ini adalah paling dapat sambutan terutama orang yang pandai menikmati hidangan berasaskan daging ini. Kalau korang tengok hidangan lamb tu ada bawahnya ada yoghurt dan juga arugula salad. Korang boleh pilih untuk masak penuh atau separuh masak.

 Charcoal Grilled Spring Chicken

Seared Duck

White Fish

Kalau tak makan daging tadi boleh cuba hidangan ayam dan juga itik special di sini. Yang Maha suka adalah Charcoal Grilled Spring Chicken iaitu ayam panggang dan juga bersama dengan jagung pedas serta simple salad and mustard seed sauce. Manakala hidangan itik pula adalah Seared Duck di mana bawahnya ada kacang bermentega, braised fennel dan berry sauce. Dapat rasa daging itik yang lembut dan rangup di luar memang rasa itik penuh perisa.

Chacoal Grilled Avocado & Calamari

Torched Salted Ox Tongue

Shakshuka

Pira Oven Mushroom

Tiba2 lak Maha cite pasal makanan utama kat sini kan tak pergi pun kat pembuka selera. Sebenarnya kat sii ada banyak pembuka selera atau kebanyakan restoran panggil small plates. Antara yang Maha cuba adalah Torched Salted Ox Tongue, Shakshuka, Pira Oven Mushroom dan juga Chacoal Grilled Avocado & Calamari. Semua ini memang ringkas tapi jangan ambil banyak sebab nanti kenyang pula nak makan hidangan utama tu.

Grilled Pineapple

Valrhona Chocolate Mousse

Creme Brulee

Last sekali kena cuba pencuci mulutlah bila dah kenyang. Antara pencuci mulut yang best kat sini adalah Grilled Pineapple iaitu nenas yang di panggan dan di sediakan bersama santan kelapa, vanilla dan juga ada ais di tengah2nya. Kemudian sapa pecinta coklat boleh cuba Valrhona Chocolate Mousse yang ni memang begitu pekat dan kuat rasa coklat. Akhir sekali boleh pilih Creme Brulee di mana kalau korang tengok kat atas hidangan ini ada taburan bunga warna biru tu kan boleh makan tau.



Perut sudah kenyang hati banyak senang lah hehehe. Sebenarnya Maha nak ucapkan terima kasih kepada team Hungry Go Where Malaysia kerana membawa Maha  dan juga rakan2 sekalian untuk nikmati makanan yang terbaik di sini. Sebenarnya dalam apps Hungry Go Where ni pun korang boleh guna untuk buat tempahan tempat makan seperti di Restoran Copper ini. Cara sangat mudah dan cepat boleh dapat pengesahan dalam email dan mobile lagi. Nanti bila dekat dengan tarikh tempahan korang akan ada reminder lagi sekali agar korang tidak terlupa setiap tempahan.


Best bukan tambahan baru yang ada dalam apps HGW ni. Bukan sekadar untuk review dan juga letak gambar2 restoran yang sedap2 dan menarik2. Tapi juga boleh buat tempahan yang terbaru di sini. Sapa2 yang tak ada lagi boleh download apps ini di Andriod dan juga IOS secara percuma. Pastu nanti cari restoran ini untuk buat tempahan sekarang juga.


Restoran Copper ini di buka setiap hari kecuali hari Ahad. Kalau hari bekerja restoran ini akan di buka dari pukul 11.00pagi hingga 10.00malam kecuali hari Isnin sampai pukul 5.00 petang sahaja. Manakala hari Sabtu di buka dari pukul 6.30petang sampai 10.30malam sahaja. Tapi bila hari bekerja memang ramai orang datang sini kerana ia berada di tengah2 kawasan pejabat dekat KL Sentral. Alamat ada kat bawah tu senang jer nak cari tak jauh pun. Selamat menjamu selera semua ok.

RESTORAN COPPER
Alamat : Level 5, Menara Shell, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
Tel : +60 323804737
Email : copper.fav@gmail.com


Acara itu dianjurkan oleh HungryGoWhere Malaysia - Your kaki makan! Muat turun aplikasi HungryGoWhere baru dan mempunyai Your kaki makan anda di mana sahaja, supaya anda sentiasa mempunyai jawapan kepada soalan yang hangat ini, "Hungry Go Where?" Aplikasi HungryGoWhere baru kini boleh didapati di App Store dan Google Play. "










0 comment... add one now