Hard Rock Hotel Penang Pengingapan Ala Bintang Sekali Sekala Apa Salahnya

Hard Rock Hotel Penang Pengingapan Ala Bintang Sekali Sekala Apa Salahnya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni korang mesti ada baca kat blog Maha tentang percutian di Penang yang di taja tu kan. Hehehe kali ini tak puas hati lagi Maha pergi sekali lagi ke Penang untuk bercuti bersama kawan2. Tapi kali ni Maha menginap di salah sebuah hotel 5 Bintang yang cukup gah di Pulau Mutiara ini.


Sapa lagi kalau tak kenal Hard Rock Hotel Penang memang menjadi idaman ramai orang untuk datang tido hotel bertaraf 5 bintang seperti seorang artis. Itulah pengalaman yang Maha rasa bila pertama kali jejak ke hotel ini. Terletak di pantai Batu Feringghi lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Georgetown. Teruja sangat Maha kerana memang nak sangat tinggal beberapa malam di sini akhirnya tecapai.



Kali ni kami beramai-ramai datang penang memang nak betul2 menikmati percutian yang mewah ini. Paling best kami telah tempah bilik Lagoon Delux yang paling mewah dan menarik pemandangannya. Kenapa Maha cakap macam tu bilik cukup besar dan luas dan paling best depan2 bilik kami ada swimming pool. Wow memang best gila lah bilik ni keluar sahaja pintu kat balkoni boleh terus terjun kolam renang.



Deretan bilik paling bawah ini memang cukup2 memberi pemandangan yang menariklah walaupun tak dapat direct untuk melihat pantai dan laut tapi dapat mengahadap kolam renang dan boleh terus terjun dalam tu lagi teruja. Bila waktu malam lagi lah syok boleh berendam tapi kat sini waktu untuk mandi hanya sampai pukul 9 malam jer. Tak apa lah dapat juga mandi pool bila bangun pagi.



Bilik Lagoon Delux ini datang dengan katil king yang cukup luas memang kalau suami isteri yang ada anak sorang boleh sangat ambil bilik ni katil besar gila. Katil yang lembut dan juga bilik yang luas memang sesuai sangat untuk datang ber honeymoon. Maha memang terpesona sangat dengan pemandangan bilik yang kami pilih ini rasa macam tak nak keluar bilik jer nak berendam hehehe. 


Dalam bilik ni dihiasi lukisan gambar kumpulan rock dan juga kalau masuk dalam bilik air ada lukisan Elvis Presley. Bilik air tak besar sangat kerana dalam tu tak ada tab mandi cuma ada shower sahaja. Tapi bilik air tu pintu kaca boleh buka terus nampak luar hehehehe. Tak kisah sebab bilik betul2 tepi kolam terjun saja lah. Dalam bilik semua lengkap ada Wi-Fi, stesen dok iPod dan minimum LCD 32-inci / TV skrin LED boleh tonton filem HD Blockbuster percuma banyak juga filem2 terbaru luar negara. Jadi memang tak terasa nak keluar heheh makan pun kalau boleh hantar ke bilik huhuhuh. 





Kita pergi pulak dekat bahagian receptionist Hard Rock Hotel Penang ni memang korang masuk dapat lihat hiasan barang2 pemuzik dan penyanyi rock yang lama2. Semua ada guitar, pakaian dan juga beberapa alat muzik yang menarik di pamirkan. Kemudian ada kemudahan kedai cenderamata, yang menjual pelbagai barangan cenderamata hotel ni. Kat luar lak ada cafe, ada gym semua selesa dan memang padan dengan taraf 5 bintangnya. Apa pun banyak lagi Maha nak cite tentang pengembaraan kedua di Penang ni. Apa pun nantikan sambungan next episod selamat bercuti semua.










0 comment... add one now