Kembara Mencari Makan Dan Sejarah Di Penang Tapak Warisan Dunia UNESCO

Kembara Mencari Makan Dan Sejarah Di Penang Tapak Warisan Dunia UNESCO - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih tak habis lagi jalan2 Maha di Penang ni. Terima kasih Maha kepada AirAsia dan juga Tourism Penang kerana membawa Maha ker Penang ni. Kali ni nak sambung untuk hari kedua Maha di sana dengan aktiviti lebih mencabar dan juga lebih menarik. Ini kerana Maha dan rakan2 blogger lain akan menjalani kembara seluruh Georgetown


Kami semua di berikan kepada beberapa kumpulan dengan di sertai blogger dari Penang. Kami perlu menyelesaikan 5 tugasan untuk di laksanakan di Kota Warisan Dunia UNESCO ini. Kenapa bandar ini mendapat pengiktirafan dunia ini. Nanti korang boleh tengok betapa hampir 50% bagunan di sini masih mengekalkan rekabantuk yang asal dan berpuluh2 tahun cuma di baik pulih dan terus di gunakan.



Tugasan pertama kami adalah mencari tempat sarapan terbaik di Penang. Maka kami terus bergerak ke The Best Roti Canai and Roti Bakar in Penang iaitu di Jalan Transfer. Menurut kata orang Penang sendiri sini setiap hari memang penuh orang sebelum melulakan kerja akan bersarapan di sini. Kalai korang tengok suasa sepanjang jalan ini macam biasa ada lorong tapi di tepi lorong inilah adanya dua buah kedai makan yang di bina di sini. Satu gerai Roti Bakar dan satu gerai Roti Canai. 




Memang sempoi tempat sarapan pagi kami kat sini. Kami terus order Roti Canai dengna kari ayam dan juga Roti Bakar dengan Telur separu masak. Memang teruja sangat untuk sarapan di sini. Maklumlah kat KL susah nak dapat tapi kat sini ada saja. Orang memang ramai dan tempat sentiasa penuh. Kalau order kat sini memang cepat jer sampai. Sarapan pagi kami memang cukup mengenyangkan untuk tugasan pertama ini. 


Lepas kenyang dan sempat bergambar beberapa keping untuk upload kat Instagram sebagai bukti kami terus gerak ke lokasi seterusnya untuk task kedua kami. Task kedua kami adalah mencari di manakah identiti yang melambangkan Pulau Pinang. Maka kat situ lah kami pergi beberapa tempat yang menarik dan menjadi sejarah di Penang. Kami sampai ke Padang Kota Lama atau lebih di kenali Kota Cornwallis. Kat situ memang di kelilingi dengan tinggalan sejarah bukan sahaja meriam2 lama tapi juga bangunan yang masih mengekalkan sejarahnya tersendiri.





Korang boleh tengokkan bukan setakat bangunan reka bentuk lama ini menjadi pusat sejarah tapi jgua menjadi bangunan komersial seperti bank, dan juga pusat pentadbiran kerajaan negeri dan macam2 lagi lah. Masih cantik dan kelihatan baru setelah di baik pulih dan di kekalkan. Ini antara sejarah yang ada di sini dan ia membuat bandar Georgetown sebagai warisan sejarah dunia. 



Kat Padang Kota Lama tu jugalah kami menikmati lagi makanan yang cukup popular di Penang. Kalau korang tak nikmati Mee Sotong kat sini dan juga Coconut Shake memang rugi lah korang. Kat kawasan ini ada satu foodcourt yang menyediakan hidangan istimewa ini dan minuman penghilang dahaga. Memang puaslah dapat makan dan minum di sini sambil menikmati pemadangan cantik.



Selepas tu baru kami gerak untuk task ketiga di mana task kali ini kami kena cari makanan dan juga heritage trail yang menjadi daya tarikan di Penang. Yang ini banyak tempat kami pergi iaitu antaranya adalah Menara KOMTAR yang memang bila orang sebut sahaja orang tahu itu hanya di Penang. Mercu tanda yang memang tidak dapat di pisahkan dengan negeri ini. Kami pun ambil kesempatan untuk menggayakan gambar bersama dengan bangunan KOMTAR ini. 


Lepas tu kami ke kawasan yang cukup menjadi tumpuan pelancong bila datang ke Penang mana lagi kalau bukan Little India. Di mana kawasan ini memang menjadi lokasi tempat makan dan juga kunjungan untuk bergambar kenangan. Kalau kat sini korang rasa bagaikan seperti di Bollywood kerana orang2 kat sini begitu ramai dan makanan yang menarik2 semua ada di sini.




Lepas selesai task tersebut dengan bergambar dan juga update kat Instagram kami ke lokasi seterusnya. Kami kali ini pergi ke Penang Street Art antara yang wajib korang singgah bila sampai ke Penang ini. Kat sinilah korang akan dapat lihat beberapa hasil karya yang ada pada wall sepanjang lorong ini. Walaupun ia kecil tapi meriah tau kawasan ini kerana ramai sangat pelancong yang bejalan sekitar kawasan ini. 



Bukan sahaja dapat lihat lukisan pada dinding ini kita juga dapat tengok pelbagai aktiviti yang di lakukan oleh orang tempatan untuk menarik pelacong di sini. Antaranya mereka ada buat aktiviti jualan cenderamata dan juga hasil kraftangan orang tempatan. Ada juga yang buat persembahan menyanyi dan bermain alat muzik memang cukup ceria dan meriah sangat sepanjang kawasan ini. Tak kurang juga kat sini ada jualan makanan dan minuman popular seperti Ais Kepal dan juga Cendol



Maha sempat juga menikmati Ais Kepal yang dulu2 orang kita nikmati ABC tiada dalam mangkuk tapi main kepal dan kepap ais tu untuk rasa manis perasa yang ada. Seronok sangat dapat mengenali seluruh bandar Georgetown yang memang banyak tinggalan sejarah ini. Rasa tak puas sepanjang berada kat sini. Banyak lagi sebenarnya kami tak pergi sebab masalah kekangan pengangkutan dan juga masa. Jadi kami tamatkan aktiviti hari tu setelah semua task selesai. Tapi banyak lagi Maha nak cite cuma kalau nak rasainya kena datang sendiri ker sini ok. Apa pun selamat bercuti dan menikmati keindahan Penang ok.