BOH Cham Dan BOH 3 in 1 Dengan Ekstrak Daun Stevia Menepati Citarasa 1 Malaysia

BOH Cham Dan BOH 3 in 1 Dengan Ekstrak Daun Stevia Menepati Citarasa 1 Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Sapa sini peminat minuman teh, macam Maha juga lah orang yang suka minum teh waktu pagi atau malam. Tak kisah Teh Susu ker atau Teh 'O'. Tapi kali ini BOH syarikat tanaman teh terbesar di Malaysia memperkenalkan dua produk baru mereka. Lebih sihat dan lebih 'Cham' itulah dia BOH Cham dan juga BOH 3 Dalam 1 Kurang Gula.



Sebelum inikan korang mesti pernah baca post Maha tentang kelebihan daun stevia yang boleh di jadi satu element peganti kepada gula yang sedia ada sekarang. Banyak kesihatan dan kelebihan kalau baca kat post Maha yang lalu mesti korang rasa teruja dan tertarik bila kali ini BOH mengeluarkan teh dengan ekstrak daun stevia.



Selain daripada mengurangkan penggunaan gula yang tinggi kalori malah ia memberikan kesihatan kepada peminat teh untuk terus menikmati teh dengan cara tersendiri. Penggunaan ekstrak daun Stevia adalah selari dengan matlamat syarikat BOH untuk memberikan pilihan minuman yang lebih sihat kepada penggunanya. Ekstrak daun Stevia adalah pemanis asli tanpa kalori dan ianya sesuai diminum oleh setiap lapisan masyarakat. Ia mengandungi 25% kurang kandungan gula dalam setiap peknya.


Jika korang nak nikmati gabungan rasa dua minuman citarasa kegemaran Malaysia, iaitu Teh Tarik dan Kopi Putih kini korang boleh! Diformulasikan dengan ekstrak daun Stevia, gabungan istimewa Teh Tarik dan Kopi Putih oleh BOH dalam secawan Cham yang hebat dengan kurang kandungan kalori. Didatangkan dalam bentuk paket, kini rakyat Malaysia boleh menikmati BOH Cham di mana sahaja, walaupun mempunyai gaya hidup aktif.


Sempena menyambut kemerdekaan tahun ini, BOH Plantations telah menganjurkan BOH CHAM Party pada 20 Ogos 2015 untuk menyemarakkan lagi Hari Merdeka yang ke-58 dan memperkenalkan bungkusan baru BOH’s Cham. Acara turut di rasmikan oleh Encik Chen Chaw Chang, Ketua Pemasaran dan Eksport, BOH Plantations Sdn. Bhd. dan Encik Lim Boon Siang, Ketua Jualan, BOH Plantations Sdn. Bhd.



Dalam CHAM party ini, macam2 aktiviti yang di adakan antaranya adalah menyusun perkataan menjadi satu ayat yang menarik, membuat campuran rojak buah yang sedap dan juga bergambar mesra dengan photobooth yang di sediakan. Selain tu mestilah kalau party banyak makanan dah Maha adalah orang yang tak sabar nak makan sedap2 hehehe.








Bagi korang yang tak sabar nak mencuba kelainan BOH Cham kini telah berada di pasaran pada harga RM 14.30 bagi 12 paket  manakala BOH 3 dalam 1 kurang gula boleh didapati dengan harga RM 9.90 bagi 18 paket. So apa tunggu lagi dapatkan cepat kat pasaraya berhampiran korang dan nikmati BOH untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam korang tanpa rasa bimbang. Maha dah cuba korang bila lagi. Selamat menjamu selera semua ok...