Gula,

Gula Stevia VS Gula Biasa

Selasa, Ogos 11, 2015 Mahamahu 0 Comments

Gula Stevia VS Gula Biasa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mungkin ramai orang yang dah tahu tentang keistimewaan Gula dari daun Stevia ini. Katanya ia adalah 300 kali lebih manis dari gula biasa dan bebas dari kalori. Pokok Stevia berasal dari Paraguay America Latin dan kini telah mula meluas di tanam di Malaysia.


Sebelum ni kita cuma tahu sumber gula daripada gula tebu yang di usahakan di Perai sehinggakan ada nama gula Perai. Tapi gula2 biasa ini memang boleh mendatangkan penyakit yang banyak kepada kesihatan jika di ambil dalam kuantiti yang banyak. Tambahan gaya hidup yang kurang sihat oleh rakyat Malaysia dan juga pemakanan yang tidak terkawal.


Jadi sekarang altenatif lain yang di galakan untuk pengambila gula adalah dengan menggunakan gula Stevia. Menurut kajian yang di lakukan gula Stevia ini adalah boleh mengimbangkan kandungan gula dalam badan dan boleh di nikmati oleh mereka yang ada penyakit diabetis. Ia akan mengurangkan kadar gula dalam darah dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Kelebihan lain gula Stevia untuk pengamalan setiap hari :-
  1. Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda
  2. Sebagai pemanis semula jadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan wanita
  3. Membantu menurunkan tekanan darah (Untuk pesakit darah tinggi)
  4. Membantu system penghadaman badan
  5. Membantu mereka yang mengalami masalah Isomnia
  6. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti) 
Sekarang gula Stevia mudah untuk di dapati di Malaysia secara meluas dengan pengeluaran produk dari beberapa company. Pokok Stevia juga telah mula di tanam di Malaysia seperti di Negeri Sembila dan Pahang. Jadi korang boleh menilai untuk menggunakan mana produk peganti kepada gula yang selalu kita gunakan agar kehidupan lebih selesa dan sihat. Gula stevia dah sama rasa dengan gula biasa. Jadi mula untuk bertukar ok.