Nando's Meraikan Ramadhan Anda Dengan Ramadhan Platter Terbaru

Nando's Meraikan Ramadhan Anda Dengan Ramadhan Platter Terbaru - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila dah dekat Ramadhan ni memang kita mewah dengan makan2, tambah2 promosi sana sini. Tapi itu memberi kebaikan juga pada kita sebagai pengguna dapat pilihan banyak dan juga berpatutan. Kali ni untuk buka puasa anda yang akan menjelma esok Maha perjenalkan Ramadhan Platter daripada Nando's.


Tahun ini Nando's katanya memperkenalkan Ramadhan Platter untuk memudahkan anda memilih hidangan berbuka puasa. Kali ini hidangan ini datang dengan satu harga untuk dua orang. Banyak pilihan bukan sahaja menu ayam malah juga pilihan side dish yang ada di Nando's. Kalau sapa2 biasa makan kat restoran ni memang tahulah nak pilih apa.


Untuk Ramadhan Platter kali ini ia datang dengan 2 x 1/4 ayam yang pelbagai perisan. Nak yang tak pedas, sederhana pedas, yang pedas dan yang sangat2 pedas semua masih sama di sini. Kemudian anda juga boleh pilih 2 side dish daripada nasi, kentang, salad, jagung dan mcm2 lagi ada. Lagi istimewa ia tersedia dengan 1 PERi Chip atau kentang bersaiz besar. Selain itu ada juga 2 minuman ringan Coca Cola dan special dessert iaitu 2 set Orange Bolo iaitu kek perasa oren.




PERi Chip

Orange Bolo

Banyakkan pilihan makanan untuk buak puasa. Jadi kalau anda tiada masa untuk masak di rumah di Nando's adalah pilihan yang cepat dan tepat. Kalau anda rasa balik ke rumah tak sempat juga nak masak mungkin jalan jem atau keje banyak anda juga boleh buat tempahan penghantara untuk hidangan berbuka puasa anda. Wow semua ada di Nando's ini tak perlu risau untuk makan buka puasa anda.


Chocolate Mud Pie With Chocolate Ice Cream

Chocolate Mud Pie With Vanilla Ice Cream

Lighten Up Chocolate Cake

Caramel Cheese Cake

Selain itu juga Nando's sediakan dessert yang pelbagai untuk anda nikmati selepas habis makan ayamnya yang memang sedap. Dessert terdiri daripada Natas iaitu tat perasa cinnamon, Caramel Cheese Cake, Haagen Dazs aiskrim dan Chocolate Mud Pie dengan aiskrim memang meleleh. Maha dan cuba semua menu ini sempena dengan pelancaran promosi ini. Jadi memang terbukti menarik dan sesuai untuk berbuka puasa anda. Apa tunggu lagi selamat berpuasa daripada Mahamahu untuk semua dan selamat berbuka.






0 comment... add one now