Jom Rasai Meriahnya Syawal Ini Dengan Mengunjungi 1 Utama Shopping Centre

Jom Rasai Meriahnya Syawal Ini Dengan Mengunjungi 1 Utama Shopping Centre  - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pejam celik pejam celik dah 2 minggu lebih kita berpuasa dan masuk minggu ke tiga dan tak lama lagi dah nak sambut Hari Raya. Tak sangka masa berlalu begitu cepat macam mana puasa korang penuh tak hehehe. So apa plan korang untuk shopping Raya tahun ini.


Maha sempat ke pusat beli belah 1 Utama untuk meraikan kemeriahan sambutan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Tapi memang kalau korang berada kat sana memang merasai kemeriahan dan keseronokan sambutan Raya di 1 Utama itu sendiri. Dekorasi yang di gubah dalam shopping komplek tersebut memang memuka mata yang memandang. Sambil di buai dengan alunan lagu raya memang membuat suasana sambutan Raya itu lebih meriah.




Kali ni Maha rasa nak membeli belah di 1 Utama untuk persiapan Raya kerana dapat rasa keseronokan beraya kat sini. Kalau korang pergi terutama kat ruang legar LG Oval tu memang dapat lihat satu binaan rumah Melayu tradisional yang sungguh unik dan cantik. Binaan masih mengekalkan ciri kemelayuan dan juga rumah orang kampung penuh dengan peralatan tradisional.





Maha rasa suasana raya telah sampai ke Kuala Lumpur bila membeli belah raya di sini. Dengar kata 1 Utama menyambut kemeriahan Raya tahun ini dari 26 June ni sampai 20 July 2015 nanti. Sambutan ini bukan sahaja dengan decorasi yang indah tapi juga dengan promosi hebat dan tawaran istimewa kalau korang datang membeli belah di sini. 



Pertama sekali korang datang sini dapat saksikan demonstrasi memasak oleh chef2 yang popular. Seperti Chef Jaafar Onn (28 June 3pm), Chef Zaidah (11 July 5pm), Chef Sherson Lian (3 July 4pm & 12 July 3pm), dan juga pengacara "Diari Mangkuk Tingkat' Illi (5 July 3pm). Korang boleh cuba resepi yang mereka sediakan untuk sambutan raya korang nanti syok tak.




Selain tu juga, 1 Utama ada memberi hadiah istimewa buat anda yang membeli belah di sini sepanjang perayaan ini. Korang boleh dapat Cake Stand dengan setiap pembelian RM500 ke atas di semua oulet yang ada service ONECARD. Bagi pengguna Maybank card dengan pembelian RM500 boleh redeem bekas kaca kuih yang menarik ini. Kalau nak lebih lanjut boleh datang sendiri kat 1 Utama ini sendiri untuk beli belah.





Antara aktiviti lain yang ada sepanjang sambutan ini di 1 Utama dekat Ground Floor Centre Court :-

1. Emoozi Magnetic Photo Give-away- 11th- 12th July
2. Custom-Made Bracelet Giveaway - 18th July, 2-4pm
3. Caricature Badges Giveaway - 19th July, 2-4pm 
4. De Weekend Bazaar - 11th- 12th July, 18th- 19th July
5. Gaya Raya Fashion Show- 12th July, 2pm
6. Kraftangan Malaysia- 26th June- 15 July (LG Oval) 



Akhir sekali untuk merasai lebih banyak mood perayaan, 1 Utama mempunyai beberapa persembahan tradisional sepanjang sambutan ini, jadi menikmati tarian indah, koir dan pertunjukan alat muzik.




Manis Manja Hari Raya- 4th July, 5pm (LG Oval)
The Percussionist by Warisan Seni-  5th July, 8pm & 11th July, 1pm
Vox Aurora Performance- 4th July, 3pm (GF Centre Court)
Angklung Performance- 5th July, 5pm (GF Centre Court)
V.A Consort- 11th July, 3pm (LG Oval)
Tarian Rakyat- 17th & 18th July, 3pm 
The Breakdance Crew- 18th & 19th July, 5pm
Modern Inspired Malay Dance- 19th July, 3pm (LG Oval)

Website: www.1utama.com.my
Facebook: fb.com/1Utama
Instagram: @1Utama
Twitter: @1UtamaOfficial
Youtube: www.youtube.com/user/1UtamaHappenings
WeChat: 1Utama