Keunikan Buffet Ramadhan Selera Kampung Dengan 18 Jenis Bubur Di PARKROYAL

Keunikan Buffet Ramadhan Selera Kampung Dengan 18 Jenis Bubur Di PARKROYAL- Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalu bila tiba bulan Ramadhan atau bulan puasa ni mesti glamor dengan Bubur Lambukkan. Tak sah kadang2 tak makan Bubur Lambuk untuk buka puasa. Tapi yang legi bestnya buka puasa di PARKROYAL Kuala Lumpur adalah bukan setakat Bubur Lambuk tetapi ada 17 lagi jenis bubur untuk anda nikmati.


Percaya tak bahawa kita kat Malaysia ni sebenarnya kaya dengan bubur nasi yang enak2. Semua rakyat Malaysia makan bubur yang ada di negara kita. Itulah yang di tampilkan buat kali ini oleh PARKROYAL Kuala Lumpur bagi sambutan bukan Ramadhan akan datang dengan 18 jenis bubur. 13 bubur nasi yang pelbagai rasa dan selera bersama 5 bubur manis yang menjadi pencuci mulut.

Bubur Udang Kara (Lobster)

Bubur Ayam

Bubur Nasi Keledek

Bubur Telur Masin

13 jenis bubur nasi ini terdiri daripada Bubur Udang Kara (Lobster), Bubur Ikan, Bubur Ayam, Bubur Nasi Keledek, Bubur Telur Masin, Bubur Singgang Kupang, Bubur Lambuk Daging, Bubur Lambuk Sayuran, Bubur Teow Chew, Bubur Asyura Johor, Bubur Isi Ketam, Bubur Asyura Utara dan Bubur Menguh Bali. Manakala 5 lagi bubur manis adalah seperti Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah, Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang Hijau Durian dan Pengat Nangka

Bubur Singgang Kupang

Bubur Lambuk Daging

Bubur Teow Chew

Bubur Lambuk Sayuran

Bubur Menguh Bali

Wow memang cukup kaya dengan bubur sahaja kalau anda buka puasa kat sini. Maha sendiri telah cuba dan rasa bubur2 ni dan antara semua ini Maha paling suka Bubur Telur Masin dan Bubur Ketam. Terbaik lah boleh rasa semua bubur ini lain daripada yang lain. 

Bubur Asyura Johor

Bubur Isi Ketam

Bubur Asyura Utara

Jangan risau selain daripada bubur yang menjadi menu hidangan untuk Buffet Ramadhan di sini, ada juga menu2 kampung lain yang di sedikan. Ada 4 set hidangan menu yang akan bertukar setiap minggu untuk memberi kelainan selera korang semua. Jadi korang tak perlu risau untuk nikmati banyak lagi hidangan buffet selera kampung.

Pengat Pisang

Bubur Kacang Merah

Bubur Pulut Hitam

Bubur Kacang Hijau Durian

Pengat Nangka

Selera kampung yang ada dalam set menu kat sini banyak sangat kalau Maha nak sebut, tapi Maha bagitau lah sikit2 menu yang ada untuk rujukan korang ok. Menu yang besar pembuka selera dan kerabu yang terdiri daripada Pasembor Berlauk dengan Peanut Gravy, Nasi Kerabu, Kerabu Pucuk Paku, Umai Ikan, Kerabu Soo Hoon Berudang, Kerabu Perut dan Kerabu Ikan Bilis.



Selain tu juga ada ulan2 mentah dan juga rebus seperti petai, jering, kerdas, kacang botol dan banyak lagilah. Semua ulam2 ini pula di padankan pula dengan Sambal Belacan, Sambal Mangga, Sambal Kelapa, Sambal Tempoyak, Budu dan macam2 lagi. 



Bahagian daging dan ayam pula ada hidangan menu kambing golek dan juga ayam percik, semua ni memang wajib ada kalau buka puasakan hehehe. Lauk pauk ini pula di makan dengan nasi Briyani Tanam Daging dan ada pula Briyani Tanam Ayam yang di hidangan bersama Acar Buah, Dalcha dan Papadom. Lengkapkan semua makanan kampung kat sini tak perlu nak cari tempat lain kalau anda nak buka puasa.





Part paling best adalah pencuci mulut yang ada di sediakan di sini semuanya menyelerakan. Kebanyakan makanan dessert ini adalah kuih muih tradisional yang di sediakan mengikut selera masakan kampung. Last bahagian buah-buahan juga ada di sini sebagai pelengkap untuk hidangan buka puasa anda.



Jadi mana pilihan anda untuk Buffet Ramadhan yang akan datang tak lama lagi ni. Kat sini harga cukup berpatutan dan padan untuk anda bermula dari RM128 nett seorang untuk hari Ahad hingga Khamis. Manakala RM138 nett serorang untuk hari Jumaat hingga Sabtu. Bagi yang buat tempahan early bird boleh dapat diskaun 20% lagi sebelum 12 June ini. Semua Buffet Ramadhan ini bermula dari 18 Jun 2015 hungga 16 Julai 2015 dari pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam.


Pada mereka yang tinggal di PARKROYAL Kuala Lumpur dan Parkroyal Serviced Suites Kuala Lumpur akan dapat tawaran diskaun 20% untuk Buffet Ramadhan ini. Hotel ni juga ada menyediakan 'Berbuka Puasa' banquets untuk minima 50 orang dengan harga RM128 nett seorang khas bagi syarikat2 koporat yang nak buat majlis buka puasa beramai-ramai. Jadi tunggu apa lagi nak tak nak makan buffet kat sini kerana dapur di sini mendapat Sijil Halal Jakim dan semua makanan yang di sediakan adalah Halal. Maha dah cuba korang pun kena datang sini ok. Selamat menjamu selera.

PARKROYAL KUALA LUMPUR
Tel : 03 2782 8389
Email : agnes.kok@parkroyalhotels.com