Buffet Ramadhan Warisan Tradisi Kampung Di Armada Hotel Petaling Jaya

Buffet Ramadhan Warisan Tradisi Kampung Di Armada Hotel Petaling Jaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini satu lagi hotel yang sentiasa buat promosi untuk tiba bulan Ramadhan nanti setiap tahun ada kelainan yang mereka tampilkan. Itulah dia Armada Hotel Petaling Jaya yang gah di tepi Lebuhraya Persekutuan. 

Ayam Buah Keluak

Tahun ini mereka memperkenalkan tema Warisan Tradisi Kampung yang menghidangkan semua jenis makanan tradisional yang popular di Malaysia. Lebih dari 100 hidangan untuk anda bebuka puasa nanti yang di sediakan oleh Executive Chef mereka. Di antara hidangan tradisional yang di sediakan di sini bermula dengan pembuka selera Kerabu, Cincalok, Lemang, Pasembor dan aneka Jeruk

Acar Ikan Bawal

Kemudian kita tgk kepada hidangan utama yang special kat sini tak ada kat tempat lain. Maha dah cuba memang rasa original masakan kampung. Korang pernah dengar masak Ayam Buah Keluak? Inilah di hidangan lauk kuah yang menggunakan buah Keluak yang rasa special. Nak tahu mcm mana kenalah rasa sendiri.

Daging Pekasam Gulai Kesum
 
Sup Tulang Rawan Utara

Kemudian masak Rendang Itik Serati yang memang rasa daging itik yang tidak liat dan keras tapi rasa rendang yang memang sedap. Kalau sebelum ni kita makan itik biasa ini Itik Serati lain sikit dagingnya. Bagi hidangan laut pula mereka menampilkan Acar Ikan Bawal yang sebelum ni ikan bawal goreng sahaja. Tapi kali ini ikan bawal goreng bersama kuah acar tu rasa menarik.

Gulai Ayam Portugis
 
Sambal Belacan

Bagi yang suka sup di sini ada Sup Tulang Rawan Utara dan juga Daging Pekasam Gulai Kesum. Yang sup tu mungkin dah biasa tapi daging pekasam tu agak unik kerana daging di masak pekasam. Memang unik dan menarik rupanya makanan di sini. Ada pulak Gulai Ayam Portugis yang memang sekali tengok macam kari biasa tapi rasa lain sangat. Tadi sup kini ada pula Gulai Kawah Tulang Rawan juga menarik.

Rendang Itik Serati

Semua lauk pauk ini boleh di makan dengan nasi special di buat khas hanya hotel ini jer ada tau iaitu Nasi Ulam Desa. Kalau setengah orang rasa macam nasi kerabukan tapi sebanar ia rasa lain sangat kuat sangat campuran herba dalam nasi ni. Nak tahu kena rasa sendiri makan buka puasa di sini.

Nasi Ulam Desa

Bagi pencuci mulut pula mereka menyediakan hidangan seperti Kek Suji Kurma yang di mana ada kurma di atasnya seperti dalam gambar ini. Kemudian ada juga Baklava yang merupakan juga pencuci mulut bagi bulan Ramadhan kali ini. Selain itu juga ada dessert seperti Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Bubur Cha-Cha

Baklava

Kek Suji Kurma

Harga untuk Buffet Ramadhan kali ini juga sangat bepadanan untuk anda nikmati iaitu hanya pada harga RM88.00++ bagi dewasa dan RM44.00++ untuk kanak-kanak bermula dari 22 June 2015 hingga 16 Julai 2015. Kalau korang booking untuk minggu awal Ramadhan korang akan dapat harga promosi lagi murah iaitu hanya RM72.00+ bagi dewasa dan RM36.00+ untuk kanak2. Minggu awal tu bermula dari 16 June 2015 hingga 21 June 2015.

Otak-otak Muar

Paling best Armada Hotel Petaling Jaya tahun ni mereka mula memberi persembahan Kumpulan Mayang Sari setiap minggu dalam bulan Ramadhan bermula daripada 19 Jun 2015 hingga 15 July 2015. Jadi apa tunggu lagi cepatlah booking sekarang pakej murah ini dan makanan pun banyak.  

ARMADA HOTEL PETALING JAYA 
Tempahan 
Tel : 03 7954 6888 ext 4557
Laman web : www.armada.com.my