Buffet Ramadhan,

Buffet Ramadhan Memori Selera Desa di Soi23 Pacific Regency

Rabu, Mei 13, 2015 Mahamahu 0 Comments

Buffet Ramadhan Memori Selera Desa di Soi23 Pacific Ragency - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang tiba musim promosi Buffet Ramadhan buat rakyat Malaysia yang memang kuat makan hehehe. Maha sendiri pun makan tak henti ni tapi bulan puasa nanti lagi lah. Sebab itu kini Pacific Regency Hotel Suites melalui Restoran Soi23nya membuat promosi awal untuk tempahan Buffet Ramadhan.


Pada yang membuat tempahan atau pembelian awal promosi harga hanya pada RM78nett sahaja. Tempoh promosi hanya bermula 15 April hingga 31 Mei ini sahaja. So apa lagi kalau harga asal memang jauh berbanding harga promosi ini. Tak rugi sebenarny makan kat sini kerana ada lebih dari 100 hidangan tradisional yang di perkenalkan oleh chef mereka.




Kata Chef kat sini kebanyakan hidangan adalah resepi sendiri dari ibundanya yang di pelajari dulu2. Kini beliau mencurahkan semua keenakan makanan dalam Buffet Ramadhan ini. Di antara menu2 yang ada di sini adalah seperti Gulai Telur Itik, Belimbing Buluh, Gulai Pisang Muda, Gulai Tenggiri  bersama Bendi dan Ayam Masak Lemak Daun Cekur antara lain dihidangkan dengan nasi putih kukus panas atau nasi minyak. Terdapat juga pelbagai 'ulam' dan pelbagai sambal pedas yang akan membuat hidangan yang sempurna.


 







Dalam semangat perkongsian bulan mulia nanti, Chef Zairul juga akan memaparkan resipi eksklusif setiap Jumaat melalui Pacific Regency Hotel Suites facebook rasmi di mana orang ramai boleh cuba di rumah. Kalau korang nak belajar resepi baru dan juga ilmu memasak masakan tradisional ini boleh pergi ke laman facebook mereka di bawah entry ini.








Buffet Ramadhan Memori Selera Desa boleh didapati harga normal RM103nett bagi setiap orang dewasa, manakala warga emas / kanak-kanak dapat menikmati dengan harga RM59.00nett untuk sepanjang bulan Jun. Bagi korang yang nak rasa keunikan selera tradisional orang kampung boleh datang sini. Kalau nak tempah boleh hubungi mereka seperti maklumat di bawah. Selamat menjamu selera...

Soi23 PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Untuk tempahan
Tel :+603 2332 7777 ext. 6807 
E-mail : fnbadmin@pacific-regency.com