Aiskrim,

Aiskrim Pasu Tak Setanding Haagen-Dazs Pengeluar Aiskrim Unggul

Rabu, Februari 11, 2015 Mahamahu 0 Comments

Aiskrim Pasu Tak Setanding Haagen-Dazs Pengeluar Aiskrim Unggul - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau korang suka makan aiskrim dalam pasu ada lagi sebenarnya aiskrim yg lagi unik dan menarik untuk cuba. Bukan setakat dalam pasu siap ada asap2 yg keluar mengelilingi aiskrim ini. Ada pulak yg satu tu seperti terasa berada di luar negara bila anda nikmati aiskrim ini. Specialkan aiskrim keluaran Haagen-Dazs ini. 


Kalau sapa2 peminat aiskrim dah tahu kat mana lokasi yg paling rasa puas bila nikmati pelbagai jenis perisa airkrim mesti akan cuba kat sini. Haagen-Dazs adalah salah satu pengeluar dan pencipta aiskrim yg sentiasa mencari kelainan rasa dan juga citarasa peminat aiskrim di seluruh dunia. Sejak 55 tahun lagi Haagen-Dazs menjadi pengeluar aiskrim seluruh dunia dan pasti bukan jenama baru untuk kita di Malaysia.


Bagi tahun baru ini Haagen-Dazs memperkenalkan beberapa menu aiskrim baru yg telah di garap dan di tambah enakkan dengan pelbagai lagi sentuhan kreatif untuk dinikmati peminat aiskrim di Malaysia. Kalau anda singgah ke restoran Haagen-Dazs anda akan rambang mata nak pilih mana satu antara aiskrim yg menjadi pilihan hati anda dalam menu baru mereka The House Of Haagen-Dazs.



Mahamahu berkesempatan untuk nikmati makan aiskrim garapan baru dari Haagen-Dazs special tahun baru. Mahamahu rasa tak nak balik bila dpt makan kat sana memang tergamam tgk semua perisa aiskrim barunya. Paling meriah dan menarik hati Mahamahu adalah Haagen-Dazs Fondue yg mengandungi pelbagai perisa aiskrim dan juga buah-buahan dan biskut yg enak2. Semua hidangan salam set ini dinikmati dengan coklat cair yg menjadi pelengkap rasa bagi peminat aiskrim dan coklat. Anda boleh pilih perisa aiskrim di dalam set ini.

Haagen-Dazs Fondue

Satu set Haagen-Dazs Fondue ini pada harga RM68.00 sahaja sesuai untuk di nikmati seisi keluarga atau meraikan kawan2. Selain tu juga korang boleh nikmati aiskrim seperti berada di Paris di mana ia di reka khas untuk membawa anda menikmati aiskrim di bawah menara Eiffel. Nama set ini pun The Eiffel Tower yg mengandungi Hot Brownie di bawah sebagai asas tapak. Di lengkapi dengan aiskrim vanilla dan Cookies dan di apit dengan Belgian Chocolate yg berbentuk menara Eiffel. Memang menarik kan dan unik set ini harga pun berpatutan RM40.00 sahaja.

The Eiffel Tower

The Eiffel Tower Valentine

Khas untuk pasangan bercinta The Eiffel Tower set ini juga digubah sesuai untuk mereka mengandungi aiskrim merah berbentuk hati. Kalau anda nak cuba ini boleh dtg kat Haagen-Dazs sahaja special sempena bulan Februari ini. Kalau anda nak makan aiskrim dengan crepe kat sini ada special aiskrim bersama crepe dan di selaputi caramel di atasnya. Ini memang cukup rasa special dan menarik untuk anda cuba dan terbaru di restoran ini. Namanya Banana Caramel Crepe hanya pada harga RM31.00 sahaja.

Banana Caramel Crepe

Kalau anda nak nikmati 7 perisa aiskrim yg ada di Haagen-Dazs ini sekali gus set ini adalah sesuai dengan anda. Seventh Heaven adalah set yg menarik kerana anda boleh pilih 7 perisa  aiskrim yg akan di sediakan dalam satu hidangan bersama dengan buah-buahan yg di potong dan juga chocolate cair di atasnya. Di tengah2 set ini ada satu globe yg mengeluarkan asap menarik gila cara presentation mereka. Memang korang akan rasa puas hati nak makan aiskrim kat sini.

Seventh Heaven

Seventh Heaven

Aiskrim bersama dengan crunch pun ada untuk menu baru kat sini. Korang boleh cuba The Haagen-Dazs Crunch ada 3 jenis yg menawan hati. Setiap satu di lapisi dengan aiskrim dan juga waffel yg rangup di dalamnya. Tgk pada rupa memang menarik untuk di nikmati satu sahaja dah cukup kenyang. 3 jenis perisa yg ada iaitu Salted Caramel Crunch, Mango and Vanilla & Cream Crunch dan peminat coklat boleh cuba Chocolate Crunch yg kaya dengan rasa coklatnya. 

Salted Caramel Crunch, Mango and Vanilla & Cream Crunch dan Chocolate Crunch

Minuman pula terdapat pelbagai variasi baru yg mesti di cuba oleh anda. Mahamahu paling suka adalah Belgian Chocolate yg penuh dengan rasa coklat yg pekat dan lazat. Selain tu juga ada Matcha Chocolate, Vanilla & Cream and Salted Caramel dan Strawberry Velvet. Semua ini adalah menu yg wajib cuba menarik dan tertarik. Setiap satu air ini harga RM25.50 sahaja.

Matcha Chocolate and Belgian Chocolate

Belgian Chocolate Mocha

Cawangan untuk Haagen-Dazs ini ada seluruh Malaysia jadi korang boleh pilih mana satu nak pergi. Kat Lembah Klang sahaja ada 8 cawangan iaitu di 1Utama, Bangsar Village II, Lot 10, KLCC, Mid Valley, Nu Sentral, SohoKL dan Sunway Pyramid. Negeri2 lain yg ada seperti Perak, Penang dan juga Johor. Mahamahu dan cuba anda bila lagi rasa kelainan aiskrim di Haagen-Dazs ini memang korang akan rasa puas hati. Selamat menjamu selera. 

HAAGEN-DAZS
Laman Web : www.haagendazs.com.my







0 Pandangan: