Japanese Cuisine,

Osaka Teppan Restoran Makanan Jepun Modern Di IOI City Mall Putrajaya

Selasa, April 21, 2015 Mahamahu 0 Comments

Osaka Teppan Restoran Makanan Jepun Modern - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang macam2 restoran menyediakan hidangan masakan Jepun yang kita nak cuba. Tak perlu nak terbang sampai ke sana untuk hanya menikmati makanan Jepun kat Malaysia pun dah ada. Tapi mungkin suasana dan rasa tu lain sikit2 lah tak adalah berbeza sangat.


Bagi Maha yang tak pernah jejak kaki ker negara matahari terbit tu memang hanya dapat rasa hidangan ini di negara sendirilah. Sebab itu Maha tiba2 teringin nak makan hidangan Jepun dan telah memilih Restoran Osaka Teppan. Kat sini ke utamaan hidangan mereka adalah masakan teppanyaki yang cukup popular. Tapi ada juga banyak hidangan lain di sini seperti Sushi, Maki dan macam2 lagi korang boleh cuba.



Kat sini ada beberapa menu yang Maha sempat cuba bila berkungjung ke restoran ini. Jom kita sama2 tengok dan cuba rasa menu yang ada di sini ok. Semua2nya sedap2 belaka dan menarik untuk di cuba. Pertama Maha mencuba mesti makanan popular dari negara Jepun apa lagi kalau bukan Sushi, kat sini ada dua jenis Sushi iaitu Chuka Lidako Sushi dan Chuka Hotate Sushi. Kedua-dua ini memang menjadi pembuka selera yang menarik dan rasa cukup mantap. 

Chuka Lidako Sushi dan Chuka Hotate Sushi

Lepas tu Maha makan hidangan seafood yang special di sini iaitu Ebi Tempura iaitu udang yang di goreng rangup dan sedap bersama salutan tepung istimewa. Yang ini kalau korang gigit memang rangup dan lembut di dalam dan rasa udang sebenar. Memang Maha syor pada anda untuk pilih hidangan ini kalau datang ke sini.

Ebi Tempura

Bagi hidangan utama pula banyak pilihan untuk korang kalau macam Maha mesti nak makan dengan nasi. Tapi kalau nasi Jepun ni tak sama macam nasi Malaysia kerana ia lebih sticky dan lembut seperti pulut. Hidangan yang Maha pilih pula iailah Salmon Teppanyaki Set yang mengandungi daging Salmon dan juga sayuran campur. Selain tu juga hidangan sampingan ada seperti daging ayam yang di perap dengan rempah dan di gireng rangup serta miso sup.

Salmon Teppanyaki Set

Beef Teppanyaki Set ini pula adalah set daging yang di masak secara teppanyaki dan memang lembut daging ini. Untuk ini pun datang dengan menu sampingan lain iaitu nasi putih, miso sup, daging ayam goreng rangup dan sayuran campur yang rangup. Yang ni pun menjadi pilihan menarik dan sedap sangat kalau makan bertambah pun tak apa hehehehe.

Beef Teppanyaki Set

Maha juga telah tambah sayuran bayam yang di goreng dengan temppanyaki style. Menu ni di panggil Spinach yang memang sedap dan lembut untuk semua peringkat usia. Tu makanan tambahan bagi melengkapkan menu hari tu hehehe. Selain tu juga Maha pilih satu lagi ikan yang cukup popular dalam hidangan masakan Jepun iaitu Saba dimasak style teriyaki. Masak teriyaki adalah masak menggunakan sos teriyaki yang masin tapi masih sedap untuk ikan ini.

Spinach

Sabba Teriyaki

Last mesti pilih minuman tapi kat sini tak banyak sangat pilihan minuman entah tak tahu tapi mungkin style makanan orang Jepun yang kurang minum minuman manis semasa makan. Jadi Maha telah pilih dua minuman jus buahan iaitu Tembikai dan Epal Hijau. So semua hidangan ini cukup sempurna untuk anda makan dan memberi kekenyangan kepada anda. 

Jus Epal Hijau dan Tembikai

Bila makan kat Restoran Osaka Teppan ini memang rasa cukup tenang dan selesa. Ini kerana suasana restoran yang besar dan susun atur dalaman cukup memberi anda nafsu untuk makan wow hehehe. Maha datang restoran in ada satu2nya dekat IOI City Mall Putrajaya. Kalau korang datang dalam tu selepas penat shopping boleh singgah makan kat restoran ini ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.