Populariti Mengalahkan Celebrity Itulah Penangan Terubuk Masin Sarawak

Populariti Mengalahkan Celebrity Itulah Penangan Terubuk Masin Sarawak - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila bercuti di Sarawak tak sah kalau tak bawa balik Ikan Terubuk Masin. Mahamahu yg telah becuti di Sarawak sebelum ni pun bawa balik Ikan Terubuk Masin. Memang menjadi kegilaan bila tgk ikan masin ni sebab terlalu teruja nak makan.


Ikan Terubuk Masin ini mcm2 boleh buat masaknya bukan sahaja goreng bersama dengan cili dan bawang tapi juga masakan lain. Antara yg popular juga org buat Masak Lemak Ikan Terubuk Masin dan juga ada yg buat Masak Asam Pedas Ikan Terubuk Masin. Tapi Mahamahu paling suka kalau goreng bersama cili padi dan juga bawang memang sedap dan paling dpt rasa ikan Terubuk tu.


Senang jer nak masak Ikan Terubuk Masin goreng ni hanya perlukan Cili Padi berapa banyak yg korang suka, bersama bawang besar yg di potong bulat2. Masak goreng biasa sahaja dan bila dah garing tu masukkan cili yg di potong dah juga bawang. Lepas tu masa nak hidang boleh perahkan limau untuk rasa masam masin. Makan pula cicah dengan sos kicap buatan sendiri memang cara. 


Masa Mahamahu pergi bercuti kat Sarawak hari tu lokasi paling popular untuk beli Ikan Terubuk ini adalah Kg Boyan Kuching. Kalau korang cari kat Pasar Satok pun ada tapi kat sana banyakannya adalah Terubuk import yg di bawa dari Mayanmar dan India. Kalau beli kat kg persisiran sungai Sarawak memang kata org original yg asli punya.


 
Harga boleh tahan juga ikut kepada kualiti Ikan Terubuk tersebut. Ada harga RM5.00 sekor dan ada RM7.00 sekor. Tapi kalau yg harga RM10.00 dan keatas adalah yg bagus dan berkualiti lebih. Pastikan masa nak beli ikan itu kelihatan putih dan bersih bukan berwarna kuning kerana ia adalah ikan lama. Tips kata org sana bila bawa balik Ikan Terubuk Masin Sarawak ni lepas sampai rumah buang garam yg ditaruk pada ikan dan cuci kemudian bungkus semula dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama dan rasa lebih sedap. Anda boleh cuba.. selamat mencuba ok..